Wednesday, January 19, 2011

Masih Bersambung lagi.....

Sebak dada Faraelyna menahan sendu. Ya Allah, mengapa begitu sukar utk aku membuang segala kenangan antara Faris Zul Hakimi? Kau temukan aku dan dia, namun kau terlebih dahulu mengambil dia dari aku. Bahagia apa yang Kau janjikan utk aku? Ya Allah, aku tak patut menyangggah takdir ini...

Lautan yang terbentang luas, di tatap dalam. Faraelyna akhirnya jatuh terduduk! Tak mampu lagi menahan sendu, biar terlepas segalanya. Mahu saja dia meraung sekuat hati. Mak, Fara tak mampu nak tanggung semua ini seorang diri. Ayah, igin sekali Fara melepaskan sendu ini dalam pelukan ayah. Dan abang, pastinya akan mendengar setiap rintihan Fara....

Dalam rintihan itu, tanpa disedari Firas Akashah memandang sepi wajah Faraelyna. Dia ragu, siapakah Faraelyna sebenarnya? Mengapa hati kecil itu sering kali dirundum sepi? Seperti menahan sendu di ceruk rasa? Gadis bermata coklat galak, semakin hari, semakin indah di pandangan...

Firas Akashah melihat jam di pergelangan tangannya. Hampir maghrib! Kenapa Faraelyna masih terduduk di situ? Risau juga dia kalau-kalau terjadi apa-apa pada gadis kecil molek itu. Apa yang harus Firas lakukan. Hari semakin gelap. Hendak tinggalkan Faraelyna di tepi pantai begitu, hatinya tak senang. Lalu, kaki di hayun perlahan. Dia cuba dekatkan dirinya pada tubuh yang seolah kaku.

” Fara,.... ” Ada getar pada suara itu.

Mata sembab Fara dipandang. Gadis itu menangis. Itu kali pertama dia melihat mata Faraelyna berair. Mata yang selalu memberikan getar dalam hatinya. Sungguh, dia terlalu cantik walaupun dalam keadaan sedih!

” Kenapa dengan awak ni? Awak menangis? Saya minta maaf, kalau awak menangis sebab saya. Saya tak sengaja....” Dia cuba menyelubungi getar.

” Awak buat apa kat sini? Tinggalkan saya. Saya tak perlukan awak. Biarkan saya di sini.”

” Hari dah malam Fara, tak elok awak berada di sini dalam waktu-waktu macam ni. ”

Simpati apa yang ada dalam hati Firas Akashah ni? Aku tak perlukan kau!

” Malam atau siang, sama saja. Awak tak faham Firas. Dan awak tak akan faham! Pergilah, tinggalkan saya kat sini!”

Air mata Faraelyna semakin laju mengalir. Dia lupa siapa di depannya sekarang. Dia sudah tak peduli lagi. Hatinya remuk, hancur luluh. Dia cuba bangun, namun kepalanya makin berpinar. Berat! Arghhhh, sakit itu datang lagi. Dia gagahi juga. Namun, tika dia hampir terjatuh, dia sempat di sambut oleh Firas Akashah.

Matanya membuntang. Tak sangka secepat itu dia di sambut Firas. Sangkanya, dia akan jatuh lagi. Kepalanya makin berat, makin berpusing. Namun, dalam keadaan samar-samar, dia sedar ada beberapa lelaki bersongkok datang. Lampu di suluh tepat ke mukanya. Namun, akibat kesakitan yang teramat sangat, matanya terpejam. Dan dia lupa segalanya..........



Dia tersedar bila terasa air dingin di sapu ke mukanya. Disampingnya, Mak Usu menemani. Lantas, matanya terbuka luas. Ada senyuman dibibir Mak Usu. Namun, senyuman itu diganti dengan raut wajah Syamimi yang mencebik.

”Wah, dah sedar budak tak tahu malu ni? Hah, datang ke kampung kita hanya nak cemarkan nama kampung ni? Dasar perempuan kotor!”

Faraelyna tak mengerti. Apa yang dah berlaku? Dia tak mampu ingat segalanya. Kepalanya masih berat. Namun, dia tahu, dia hampir pengsan di pantai. Pantai? Firas?

” Macam nilah, kita tak boleh biarkan kejadian macam ni berleluasa. Nanti, ramai anak muda kampung ini akan terikut-ikut. Jalan yang paling selamat, kita nikahkan mereka berdua. Biar selesai dgn baik” Lelaki berkopiah putih itu bersuara. Nikah? Apa ni? Dia cuba mencari wajah Firas, dimanakah dia? Akhirnya mata mereka bertaut. Tiada tanda-tanda Firas akan bersuara. Bersuaralah Firas. Katakan kita tak buat apa-apa. Katakan kau hanya kebetulan terjumpa aku di situ. Firassss!!

Pak Cik Harun dan Mak Cik Shida hanya memandang sepi. Faraelyna masih tak mengerti. Permainan apa yang ada di depannya. Semua bagaikan menunggu kata putus. Air mata makin laju mengalir. Suara dikerongkong bagaikan terkunci. Firas hanya memandang sepi. Bersuaralah Firas, katakan kita tak buat apa-apa!

” Pak Imam, saya akan bertanggungjawab. Saya akan menikahi Faraelyna.” Akhirnya lelaki itu bersuara membuatkan semua mata tertumpu padanya. Mak Usu hanya mampu memeluk Faraelyna. Tiada kata yang mampu Faraelyna katakan, mulutnya bagaikan terkunci. Hatinya tak rela, namun dia tak mampu berbuat apa-apa. Dia makin lemah, dan akhirnya dia terlentok di bahu Mak Usu.

to be continue....

regards,
cik kalis rindu 2011

No comments:

Post a Comment