Sunday, December 26, 2010

SEmakin Hari, Semakin Sihat..... =)

Assalamualaikum..... Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, setelah 2 minggu bertarung dgn kesakitan, cik kalis rindu ni dah beransur baik... Syukur sgt2..

Kesakitan betis dekat dgn buku lali yg asalnya dr bekas parut yg tak sembuh sepenuhnya, merebak sehingga bengkak, dan bernanah...!

Sungguh tak sangka, sakit yang kita rasa hanya sakit biasa, boleh melarat begitu sekali...

Salah sndiri jugak, sbb tangan gatal suka g usik parut tu... suka buat parut tu berdarah kembali... Cewahhhh, tu la dulu mak suuh belajar rajin2, masuk U, blh la jd doktor...

Ni, jadi doktor kpd diri sndiri, kononnya eksperimen laaa... Hahahahaha

Anyway, bila dah x-ray, nasib baik jangkitan kuman tu x smpai hingga ke tulang..! paling sadis, kalau makin bengkak, terpaksa doktor belah sikit kat tmpat yg bermasalah tu... Yarkkk, geli dan ngeri mendengarnya... Oleh itu, cik kalis rindu yg memang dr dulu tak suka mkn ubat ni, berusaha besungguh2, makan ubat tepat pada waktunya...! (bagus rupanya...)

So, my mum dah tak risau sgt2,.. Anak dia yg jauh merantau ni blh makan ubat sendii dah... Hahaha, penakut mkn ubat rupanya,....

So, kena belajar melalui kesilapan lah... Parut @ luka yg lama jgn la di usik, sbb ia akan mendatangkan kesakitan yg teramat sgt... Hingga ambil masa yg lama utk pulih seperti sedia kala... Mcm kaki cik kalis rindu ni, disebabkan cik kalis rindu gatal usik, hingga jd teruk begini... Uwaaaaaaa...... Lama nk sembuh tue, kena mkn ubat lagi, jumpa doktor...

Hurmmm, dan samalah seperti kehidupan kita.. Jgn di ingat @ di kenang kembali kenangan lama yg buat hati kita luka, dan meninggalkan parut tue... Akibatnya, luka lama berdarah kembali laa...


regards
cik kalis rindu... =)

Tuesday, December 7, 2010

Cerpen Ber-episod : Masih Ada Sambungannya....

Dia melepaskan keluhan sebaik sahaja menyandarkan tubuhnya di kerusi. Arghh, batal lagi disscussion aku pagi ni. Jerit hatinya.

” Assalamualaikum.....”

Tiba-tiba degupan jantungnya berhenti. Dia tahu itu suara siapa. Suara yang pernah membuat hidupnya di kampus serba salah. Suara yang setiap kali menggangu, membuatkan dia menyampah. Dia beristigfar di dalam hati. Lantas teringan pesanan arwah neneknya dahulu, kalau kita terlalu membenci seseorang itu, mungkin Tuhan akan jodohkan diri kita dengan orang yang kita benci itu. Ya Allah, selisih malaikat 44!!

”Waalaikummussalam...” ragu-ragu dia membalas ucapan salam itu. Lidahnya tiba-tiba kelu. Tanpa di jemput, haris melabuhkan punggung di hadapan Faraelyna.

”Boleh saya duduk di sini?” Haris memulakan kata.
”Hmm, dah duduk pun...” Faraelyna mula menjawab.

Suasana sepi seribu bahasa. Faraelyna hanya menundukkan mukanya sambil membelek buku yang baru di ambilnya dari rak bersebelahan. Mujurlah ada buku itu sebagai alat untuk mematikan kata. Faraelyna masih diam.

”Maaflah kalau saya menggangu Fara. Saya sebenarnya, emmm, sayaaaa......”

Apahal pulak mamat ni? Ish, tak boleh jadi ni.

” Maaflah Haris, saya ada hal ni. Saya terlupa yang saya perlu belikan Sara sarapan pagi ni. Saya pergi dulu ya” . Dengan pantas Faraelyna menjinjit bukunya meninggalkan Haris yang terpinga-pinga. Sejak bila pulak Sara mula bersarapan ni. Ahh, lantaklah. Asalkan aku dapat mengelak dari bertentangan mata dengan mamat ni. Ish, bertentangan mata? Faraelyna hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Faraelyna, aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mu. Bukan aku tak pernah cuba untuk membuang kau dari hati ku, tapi semakin aku mencuba, semakin kuat perasaan itu. Maafkan aku, aku tak mampu. Ya Tuhan, aku hargai setiap perasaan yang Kau kurniakan kepadaku, tapi aku tak terdaya nak hadapi Faraelyna.

Haris hanya mampu melihat susuk tubuh Faraelyna menghilang di sebalik pelajar-pelajar yang berpusu-pusu masuk ke dalam perpustakaan. Ingin rasanya dia menahan Faraelyna dan menyatakan luahan hatinya. Namun, dia tahu hati Faraelyna keras. Sekeras kerak nasi? Dia makin buntu. Semakin dia ingin mendekati wajah itu, semakin jauh Faraelyna lari. Pernah dia berputus asa. Tapi, hatinya akan merasakan sakit.

*****************************************************************************

Faraelyna terduduk di kerusi yang sedikit terlindung dari pandangan orang di sudut kafetaria. Haris! Kenapa dia hadir kala aku di ulit rasa jauh? Abang, knp tak pernah mengerti kemelut hati ini? Nafasnya yang serabut, di hembus tenang. Namun, ada rasa ketegasan! Arghhhh, kenapa dia?

Faraelyna terus mendaki tangga ke hostel. Dia harus menjauhi lelaki tu. Lelaki yang buat hidupnya tak menentu. Kenapa harus dia, bukah Faris!
Faris, Haris... seperti ada persamaan di sebalik nama itu, namun ternyata bukan Haris yang ada di hati Faraelyna.

”Assalamualaikum, Sara. Weii, tak bangun lagi?”

Faraelyna menapak masuk ke bilik yang cukup memuatkan 2 buah katil, meja belajar untuk 2 orang, dan almari. Hati yang sedari tadi tak tenang, semakin tenang sebaik terpandang laut yang terbentang di hadapan mata. Andainya aku boleh jadi seperti ombak, bisa merubah pantai...

Namun aku akui, aku hanya inan biasa, insan yang di cipta utk terus bernafas di bumi ini, sehingga tiba masanya, aku diminta meninggalkan alam fana ini. Tapi, apakah aku bersedia utk itu? Dengan amalan yang tak seberapa ini?...

Aku tekad, lupakan seketika tentang aku dan Faris. Hidup mesti diteruskan. Tesis akhir mesti disiapkan! Ada jodoh tak ke mana. Biarlah masa yang menentukan segalanya.


to be continued....
cik kalis rindu

Saturday, December 4, 2010

Hey, Hey, Hey, Hey, Aku Tak Percaya, Cintaaa... Aku Tak Percaya C.I.N.T.A!

Yuhaaaa, betul ker?...
Setelah berkurun lama lah, aku keluarkan satu kitab tentang cinta. Nak kata aku ni byk pengalaman dgn L.E.L.A.K.I, tak ade la pulak. Cuma sekarang ade seseorang yg masih utuh di sanubari. Cewahhhh, (tak tahu lah dia mcmane pulak....)

Masa awal2 bercinta, semuanya indah tentang kita. Dia terima je apa yg kita pakai, malah siap puji melambung lagi.
Jom kita check this out :

1. Dulu masa dia kenal kita, kita pakai tudung biasa2 jer. Masa tu, dia kate kita memang cantik, ayu bertudung mcm tu. Skrg, bila keluar dgn kita, dia kata, "asyik2 tudung mcm ni yg awk pakai. Cubalah sesekali awk pakai tudung Ariani ke, Waheeda ke, yg boleh sanggul tinggi2 tu....". Errrr, kita bkn xnak bergaya, tp kita lagi takut hukuman di Akhirat sbb kita ade terbaca dlm buku, Nabi s.a.w melarang wanita yg sanggul tingi2....

2. Dulu masa dia kenal kita, bila dia ajk kita keluar, kita selalu pakai baju kurung. Masa tu, dia puji kita, yg kita ni mcm Perempuan Melayu Terakhir. Masih kekal dgn ciri2 kesopanan & sesusilaan lah katanya. Skrg, bila kita keluar dgn dia pakai baju kurung, boleh pulak dia kondem. "Kalau awk asyik pakai baju kurung, sy tak nak keluar dgn awk. Sy malu kalau kwn2 sy nmpak." Hmmm, kita bkn tak nak pakai t-shirt kapel yg dia beli tu. Tp, t-shirt tu ketat sgt. Berlengan pendek pulak tu. Kita tak nak dpt dosa free, semata2 nk jaga air muka dia dpn kwn2 dia....

3. Dulu masa dia kenal kita, memang kita tak pakai mekap. Iyelah, dulu masih sekolah. Lps tu, dia jugak yg cakap, dia tak suka perempuan yg pakai mekap. Biarlah cantik secara semulajadi. Kita pun mmg tak suka mekap2 ni, sbb muka kita mmg sensitif dgn mekap. Cukup pakai bedak baby je. Skrg, kita jaga lah sikit penampilan kita, Kita pakailah krim pelindung UV, Lipbalm sbb nk jaga bibir dr kering. Dia pulak yg kata kita tak pandai bergaya. Bila jumpa perempuan lain, asyik puji perempuan tu pandai mekap, mata tak puas2 pandang perempuan tu. Huhhh,....

4. Dulu, masa kita kenal dia, dia memang kuat sukan. Hobi dia suka bersukan, main bola, main futsal. Bila ade tournement, kita nk jugak sesekali ikut. Tp, dia larang, sbb tak nak kita terlalu sosial lah katenyer. Tak elok lah, sbb lelaki suka buang baju bila dah hbs main. Skrg, kita dpt tahu, bkn lelaki je yg main futsal, perempuan pun main jugak. Malah, team dia boleh pulak friendly dgn team perempuan...! Yg tu kite boleh terima lg. Tp, yg sakitnyer, bila dia boleh pulak lepak dgn team perempuan, smbil borak2 tepi gelanggang , baju ntah ke mane, minum air pun blh kongsi2 botol.....?

5. Last but not least, dulu kita sama2 tak pakai handphone. Masa tu cuma ader telefon rumah je. Tiap2 malam, pukul 11, dia mesti kol kite. Berjam2 kita borak kat telefon, biarpun dah jumpa kat sekolah, ptg dah jmpa kat latihan rumah sukan. Rumah kita pun, dia buat mcm rumah dia. Skrg, nak jumpa kita bkn main susah lagi. Masing2 dah ada handphone pun, senyap je tanpa mesej. Kalau kite mesej, alasan tak boleh meseh lama2 sbb ade hal lah, nk tido lah. Dia kol kita pun tak lama, just tanyer khabar lps tu, letak, bye!

Huhhh, susah nk faham lelaki ni. Kadang2 kita rasa kita dah ikut ape yg dia nak. Tp selagi tak bertentangan dgn batasan lah. Tp, bila timbul masalah, kita jugak yg di salahkan. Kita tak pandai bergayalah, itu lah, ini lah...

So, jalan yg terbaik kita just nk jadi diri kita sendiri aje. Awk nak ke kita pakai seksi, jln dgn awk pastu ade siulan2 kacau kita? Awk nak ke, kita mekap tebal2, pakai eye liner hitam mcm black metal jer lagaknyer.....

Awk, kita asal dr kampung jer. Dia pun sbelah kampung kita jer. Bkn dia tak kenal kita,dari sekolah lagi kan?. Dulu kita selalu naik basikal main kejar2 kat sekolah, main pusing2 payung kat kedai dpn sekolah. G kem kat pulau sama2, dia usik kat malam kebudayaan, smpai kita merajuk, tak buat air utk dia esoknya.... Masa tu, kita ada 2 kulit kerang yg kita jumpa kat pantai, kita sama2 tulis kat kulit kerang tu, tp, kita campak kulit kerang tu dlm laut... Pagi esoknya, dia cari kulit kerang tu, dan dia tahu apa tertulis kat kulit kerang tu.... Dan sehingga ke hari ni, kita msh tak berubah dr saat dia baca apa yg tertulis kat kulit kerang tu...............

regads :
cik kalis rindu
=)

" Hujan Bunga Di Kuala Lumpur...?

amalan kaji cuaca kata
Aku kan jatuh cinta
Tapi tak pula beritahu dengan siapa
Lalu hari ini ku berlari mencari-cari
Si dia yang bakal miliki hati ini

Mungkin dia ada di situ
Tersenyum padaku
Namun malu-malu

Hujan bunga di Kuala Lumpur
Kini sudah tiada
Masa untuk mencari payung
Berteduh kita bawah surat khabar
Lalu terbaca berita kata
Hujan ini tak akan reda


Ikut rasa ingin sahaja
Aku hampirinya
Tapi ku takut apa pula kata semua
Bukan senang untuk
Ku meluangkan masa ini
Sekadar peluang mengisi
Ruang kosong hati

Mungkin dia ada di situ
Tersenyum padaku
Namun malu-malu

Hujan bunga di Kuala Lumpur
Kini sudah tiada
Masa untuk mencari payung
Berteduh kita bawah surat khabar
Lalu terbaca berita kata
Hujan ini tak akan reda

Hujan bunga di Kuala Lumpur
Kini sudah tiada
Masa untuk mencari payung
Berteduh kita bawah surat khabar
Lalu terbaca berita kata
Hujan ini tak akan reda

regards :
cik kalis rindu

Friday, December 3, 2010

Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong Ingatkan Aku
Kisah Kita.....

regards :
cik kalis rindu

Iyup.... she still, and still like you meet her 5 years agoo.... She is your Nor Eliziana Hussin....!

Huhhh, bila dah terjadi sesuatu mcm tu, bkn sbb terpaksa buat statement mcm tu, tp memang itulah statement yg paling tepat bila dipersoalkan, "dia msh mcm dulu ker?", "knp dah byk berubah skrg?" dan byk lagi persoalan yg mcm tak masuk akal ajer...

Yg sudahnyer, aku terdiam sendiri dan kembali berfikir, errr aku ni betul2 dah berubah ker??...

Teringat pepatah ada mngatakan, "Sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia...". Adakalanya, pepatah itu betul. Tapi, kena tgk situasi laa. So, situasi aku ni langsung tak kena.

Can't take my eyes on you... ahaks!

*************************************************

Apa cerita terbaru si kalis rindu ni? Macam biasa, bila dah kalis rindu tu, tetap kalis rindu lah. Tambah2 lagi, sekarang musim hujan. Kalis hujan kot.... hehehehe

"Kerana terlalu R.I.N.D.U, aku begini. Sebab tulah terciptanya "si kalis rindu"...
Sesuatu yg terjadi, pasti ada puncanya. Dan apa yg terjadi, kita percaya, pasti ada R.A.H.M.A.T di sebaliknya.

Itulah K.E.H.I.D.U.P.A.N....

regards :
cik kalis rindu