Saturday, September 25, 2010

Hujung Minggu, Penuh Keistimewaan,...

Assalamualaikum.... Salam 1 Malaysia...

Hujung minggu yg penuh keistimewaan, kan.. Hati gembira sebab hujung minggu kali ini, tak sama dgn hujung minggu yg lps2 SEBAB bonda tercinta buat kejutan d saat akhir dtg melawat anaknya d Kuala Lumpur ini.. hehehe, best sesangat.. Thanks mum, love u so much!!

Start hari Khamis, mcm bersemangat je nk pegi keje.. Iyelah, bangun tido, mak ada kat sebelah.. Balik keje, mak tolong bukakan pintu...hehehe, happy semacam... Makan pun dah berselera, mak buat gulai kuning ikan kering.. Adush, lupakanlah nk diet tu..

Eliziana, seronok la kau ye...

Hari ni, dok rumah aje.. Borak2 dgn my mum.. (aku pulak yg tertidooo. hikhikhik)
Tiba2, terCAKAP pasal BERTUNANG???...
hahaha, Eliziana, Eliziana....

Senang ke nak bertunang ni?.. Byk kan perkara yg perlu d rancang.. Start dari makanan, hantaran, gubahan, pastu jemputan.. Kalau majlis yg tak besar pun, mmg kena fikir perkara itu.. Poning kan,....

Actually, aku saje2 tanya je mak aku.. Kalaulah tiba2 anak dia ni di pinang, xlah mak Eliziana ni terkejut kan?..
At least, Eliziana dah bagi HINT kat Mak...huhuhu
Ape-ape je lah Eliziana...

******************************

Lama kan tak bercerita pasal budak tmpat keje aku tu.. Ntah laa, Eliziana dah tak nak ambik peduli tntang dia.. Apa yg Eliziana nk buat, teruskan usaha, tumpukan pada kerja, dgn backlock yg bertimbun..huhuhu

p/s : Buat budak itu, saya dah tak kisah.. Muka sy ni mgkn dah cukup tebal kot sejak awk tengking sy depan customer hari tu, bkn sekali tp berkali2 kan.. Sy cuma berharap, Tuhan bg kesempatan utk awk rasa apa yg sy rasa, smg awk tahu langit itu tinggi ke rendah...??? hmmmmm, mgkn awk rasa awk sempurna, tp sy sedar, sy hanya insan biasa, yg tak pernah lari dr melakukan kesilapan...

*******************************

Eliziana, awk boleh la berseronok utk 3/4 hari ni erk... Ptg Ahad nanti, mak awk dah nk balik kampung...
Uhuk, tinggallah aku kat sini, bila bangun, mak dah xde kat tepi, bila balik dari keje, dah kena buka pintu sendiri...
Kalau nak mkn, kena cari sendiri dah... Sedehnyerrrr...

Mak, walau d mana pun Eliziana ni berada, dia tak kan lupakan mak... Eliziana dah besar, dia nk belajar hidup berdikari... Mak selalu pesan, kalau org cakap kita ape2, jgn nk melawan... Senyap, senyum dan istifar byk2...
Kalau suatu hari, anak mak ni d pinang orang, mak lah org pertama yg akan d beritahu.. Mak lah yg akan urus semua keperluan tu.. dan pastinya, org yang akan pinang anak mak ni, mendapat restu dari mak..

" Walau setinggi mana pun seorang perempuan itu belajar, suatu hari bila dia sudah berkahwin dan punya keluarga sendiri, tempatnya tentu d sisi suaminya... Syurga seorang perempuan sebelum dia berkahwin, tentunya d telapak kaki Ibunya... Sebab itulah, sebelum dia berkahwin, dia akn berusaha utk gembirakan hati Ibunya... Dalam mencari teman hidup, seorang perempuan memerlukan lelaki yg sebelum berkahwin, lelaki itu patuh dan taat pada Ibunya, kerana Syurga itu terletak d telapak kaki Ibu.. Dan selepas bekahwin, syurga seorng lelaki TETAP d telapak kaki Ibunya, dan Telapak kaki lelaki itu pula adalah Syurga utk Isterinya... Bermakna, seorng suami yg taat dan patuh pada ibunya, (selagi tak btentangan dgn agama) serta yg taat dan patuh pd perintah Allah s.w.t...

regards,
cik kalis rindu....
hok rindu, dea sayea sokmo-sokmo...

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia!!!! I'm proud to be M.A.L.A.Y.S.I.A.N...



Assalamualaikum, Ahlan Wassalam........

Yahoooo, Selamat Hari Malaysia khas dgn penuh rasa cinta dan kasih sayang buat M.A.L.A.Y.S.I.A...

Aku bangga jadi rakyat Malaysia!!! Cewahhhhhh, kembang hidung aku sbb aku adalah antara berjuta rakyat Malaysia yg rasa sungguh bertuah hari ini..
Hidup kat Malaysia yg penuh kemajuan, makin pesat membangun..

Mood pun masih mood Raya, so bergumbira lah..
Cuti hari ni, habiskan waktu berehat d rumah.. Sbb ada tugas yg menanti esok hari, kan?..Ape lagi, kerja laa..

Alahai, ingat keje je, rasa malas.. Bkn malas nk bertugas, tp aku ni insan biasa, jauh dalam lubuk hati, mmg rasa malas nk mengadap muka budak itu.. Bila fikir2 balik, apa lah salah Eliziana nih?..Bkn main benci lg budak itu kat aku..
BTway, hidup harus d teruskan.. Tak kan lah aku nk give up, sbb nila setitik tu? Cuma dia seorang saja.. Sabar ye, Eliziana..

regards,
cik kalis rindu...
M.A.L.A.Y.S.I.A

Wednesday, September 15, 2010

Pandai2 lah jaga diri d tempat orang....


Assalamualaikum....

Pertamanya, aku nk ucap Salam AidilFiti buat semua Muslimin dan Muslimat d seluruh dunia ni.. Maaf zahir & batin..

Tak puas rasanya beraya d kampung. Hari raya ke 4 dah kena naik KL semula. Berat rasa hati, namu bila teringatkan tugas yg menanti, aku kuatkan hati, gagahkan semangat aku yg dah tak seberapa. Alhamdulillah, aku akhinya sampai d Kuala Lumpur..

Sampai d Kuala Lumpur, hati menanggung rasa rindu akan kampung halaman.. Tak puas beraya d kampung.. Suasana yg jauh berbeza d kota raya ni..

Keesokan hari, kembali bertugas.. Staff oun tak ramai, almaklumlah, ada yg apply cuti seminggu slps raya.. Best kan??... Anyway, aku bersyujur sgt2 sbb di izinkan cuti sblm raya..

Tugas yg seperti biasa.. Benda yg aku tak suka buat, terpksa aku buat.. Bkn malas, tp knplah aku ni cekap nk tangkap flow proses tu.. Bkn sekali baru buat, malah berkali2.. Alih2, di akhir2 proses trpksa tanya senior, berlari ke belakang, minta pertolongan org lain... Eliziana, tak boleh ke kamu cuba usaha sndiri??? ish, bkn tak pernah cuba, tp apesal lah otak aku ni lambat nk pickup???... Alahai Eliziana!!!!

Cerita pasal aku d tempat kerja, mcm satu episod yg akn ada jalan penyambungnya.. Salah ke kalau aku ni?? Terlanjur bercerita, aku nak tanya lah korang semua, apa perasaan korang kalau korang minta tolong dgn cara yg baik, tp di balas dgn perkataan yg tak sedap d dgr.. dgn suara yg menengking, air muka yg x sedap d pandang... kalau air muka mcm tu, aku msh boleh tahan, tapi, kalau d tengking dpn2 org lain, d mana maruah kita???

Ntah la, mgkn begitulah cara org bandar bagi tunjuk ajar pada org kampung macam aku ni.. Jauh d sudut hati, aku menangis sendiri..

Pernah jugak aku terfikir, apalah salah aku ni.. Tanya pun salah, tak tanya pun salah.. Budak tu mcm tak puas hati je dgn aku.. Macam ada something yg tersembunyi..
tp ape?? hanya Allah s.w.t yg maha mengetahui..

Sedih sungguh, mengenangkan sekeping hati yg asalnya dari kampung, merantau ke negeri orang.. Seperti tak d terima org sekeliling, terpaksa menadah telinga mdgr cemuhan dan tengkingan dari suara yg yg tak mgkn pernah rasa apa yg d tanggung oleh sekeping hati?..
tak berhatikah insan yg bergelar Manusia itu??? Subhanallah....

Ya Allah, aku pasti Kau Maha Mdengar setiap rintihan sekeping hati itu.. Kau Maha Melihat, setiap apa yg telah hati itu lalui.. Dan hanya Pada-Mu, hati itu tak jemu meminta agar Kau beri kekuatan utk meghadapi segala cubaan mendatang.. Jika itu Ujian dari-Mu, utk menguji kesabaran hati itu, Dia Redha....

Teringat pesan Mak, Jika kita nk org hargai, sayangi, serta hormati kita, kita dulu yg patut hargai, sayangi dan hormati mereka.. tp mak, knp ianya msh dalam keadaan yg sama?? hati itu msh di cemuh, masih d tengking, sedangkan hati itu tak pernah melawan, usahkan menjeling d sebalik ekor matanya.....

Namun, hati itu sedar, Tuhan Maha Mengetahui Segalanya, kan Mak.....

Aku bagaikan, sebutir pasir,
Yang lemah kerdil, tidak bermaya,
Ya Tuhanku lindungilah diriku ini,
Agar tidak jauh terpesong dari-Mu....

Saturday, September 4, 2010

Untuk ke seratus lima puluh juta kalinya, hehehehe....

Assalamualaikum semua.....

Alhamdulillah, tak smpai seminggu lagi kita akan menyambut AidilFitri...
Segalanya tak sabar kan, kan, kan?... Tp, kita kena sabar, kn sabar itu sebahagoan dari Iman...

Tak sabar nak habiskan 2 hari bekerja minggu ni.. Sbb nak balik kg cepat2.. harap2 hujung minggu ni, my sis nak keluar.. Sbb nk ikit jugak ni, nk beli barang2 sikit, nk bawa balik utk mak, ayah d kg.. Iyelah, kalau nk cover buat semua, mmg x sempat laa..
Ini pun syukur Alhamdulillah sbb dapt jugak cuti 2 hari sblm raya.. nasib badan lah..

Rasa excited ni, dah lebih dari seratus lima puluh juta kali dah...hehehehe

Sblm nk raya ni, nk tanya lah sikit.. Puasa penuh x tahun ini?.. hehehe.. Kalau yg perempuan tu, kena paham2 lah.. nt, jgn lupa ganti puasa tu.. Yg lelaki tu, xde excuse2 nk ponteng puasa yerk...

Then, nk kongsilah sikit cerita time kerja nih.. Dulu, ingat kerja Cusromer Service ni M.U.D.A.H.. Rupanya, S.U.S.A.H sgt2!!! Tersilap sikit, mengadaplah dgn CSO,CSE..
(Buat pengetahuan korg, mereka yg bjawatan CSO,CSE tu ketua bg setiap TMPoint kaws tu...) Apatah lg aku yg ditugaskan duduk d kaunter MSOS, tolong customer nk apply homeline, streamyx, nk teminate pkhidmatan, tak terkecuali mjadi tempat customer meluahkan rasa tidak puas hati, rasa kagum dgn pkhidmatan yg d sediakan oleh Telekom Malaysia... Mcm2 rupa customer yg aku dapat, ada yg baik, ada yg perangainya tak boleh kita jangka, yg suka tenung2 kita, bila kita tolong settlekan masalah diorg, yg suka borak lama2 walaupun masalah diorg dah selesai, mcm2 lagilah...

Melayu, Cina, India semua ada...Berbilang kaum...

pernah jugak aku terfikir, nk cari keja lain.. rasa mcm aku tak boleh go on dgn keje nih.. bkn aku tak cuba challenge diri aku, bertahan utk teruskan keje nih, tp.......

bohonglah kalau aku kata, aku tak pernah berkecil hati bila di tegur dpn2 customer oleh rakan sekerja aku.. kalau teguran secara baik, tak apa.. ni teguran yg boleh menjatuhkan air muka aku, dpn2 customer pulak tu.. mana boleh tahannn.. so, apa yg aku boleh buat, bertahan lagi, bersabar dan tabah.. paling2 tidak, bawa diri ke toilet, menangis puas2.......

huhhh, ada keje kosong tak??... huhuhu

Well, stop utk citer kerjaya aku yg tak seberapa tu..

Hahhh, persiapan raye mcmane? Aku, ala kadar sahaja.. Biasalah, gaji pun tak masuk lagi nih.. Yg ada cuma elaun.. Kena jimat cermat sikit, sbb kos sara hidup kat KL bkn mcm kat Kelantan..

Anyway, Selamat menjalani Ibadah Puasa yg dah berlalu nih.. Selamat buat persiapan raya, yg nk balik kg tu, hati2 d jalan raya.. Okeh!!

That all utk kali ini,kalau esok aku free, aku mencoret lg yap....

Bubbyeee.....

* 150 juta by Fynn Jamal *

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua

"saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..