Thursday, June 10, 2010

~Lagenda Budak Setan~

Salam semua...

Masih ada sisa-sisa tangis aku, kemarin pergi menonton filem Lagenda Budak Setan di East Coast Mall...
Sama seperti novel Ahadiat Akashah yg aku baca lbh 4 tahun lepas. Watak yang di mainkan oleh Farid Kamil sbg Kasyah, Lisa Surihani sbg Ayu, cukup memberi kesan dlm setiap hati yg blh merasainya. Pengorbanan Kasyah terhadap cinta sejatinya, dan Ayu yg meruntum jiwa...

Dalam percintaan, utk mengecap bahagia tidak semudah yg di sangka. Akan ada rintangan yg dtg, menguji keikhlasan hati. Siapa tewas, siapa kalah?...
Akan adakah, hati yng mencintai seperti ikhlasnya cinta Kasyah kpd Ayu?.. Dan akan wujudkah jiwa setulus pengorbanan Ayu buat Kasyah?...

~ Bila cinta kini, x lagi bmakna,
yg ku rasa kini hanyalah nestapa,
di tinggalkan cinta masa lalu...

Dulu kau tawakan, manisnya janjimu,
dan ku sambut itu, dgn segenap hatiku
hingga engkau pergi tinggalkan ku...

Hilangnya cinta mu, mengusik hatiku,
hingga ku memilih, cinta yg fana...

Perginya dirimu, merobek jantungku,
hingga ku terjatuh, dalam harapan...

Ku sebut nama mu,
di setiap doaku,
bangkitkan setiap, kenangan tntng mu
yg ku dpt hanyalah bayangmu...~

Monday, June 7, 2010

Selamatkan, Lindungi, Rahmati insan yang aku sayang,...

Baru 2 hari berpijak di bumi Kuantan, aku terpaksa pulang semula ke bumi Kelantan. Panggilan telefon dari kakak ku mngejutkan aku agar sentiasa tidak alpa dgn nikmat dunia. Seorang lelaki yang aku panggil 'Ayah' jatuh, tak sedarkan diri d rumah anaknya. Air mata menitis laju, lantas aku keluar dari kelas dgn seribu tanda tanya..

Pulang ke rumah sewa, dgn hati yg sebal, memikirkan apa yang telah berlaku?.. hati yang bingung, terus jadi layu dgn sms yg d terima. Ternyata, aku tak mampu menahan rasa! Segala yg terpendam, terluah jua.. Tuhan, maafkan aku. Aku ternyata insan yg sungguh lemah, kerdil dan sntiasa alpa!...

Semalaman, aku tak lena tidur. Terima sms dari kakak ku, ayah aku diserang leleh atau asma. Aku tekad, utk pulang keesokan harinya. Biarlah terpksa tunda exam yg akan aku ambil, krn keluarga adalah segalanya..

Menaiki bas ke Kota Bharu, membuatkan hati x sabar utk sampai. Perjalanan selama 8 jam, mnguji kesabaran aku sbg seorang anak! Manakan tidak, semua adik beradik ku sudah balik, melainkan aku! Ya Allah, selamatkan Dia, insan kesayanganku..

Alhamdulillah, perkhabaran ayahku sudah sedar, memberi ketenangan. Keluarga dlm proses membawa pulang ayah ke rumah. Biarlah ayah di rumah. Bukan tak percayakan tugas serta keupayaan doktor, tetapi, biarlah ayah di rumah...

Walaupun lega dgn keadaan dan situasi ayah, hati aku msh tertanya2. Kenapa ayah boleh rebah, jatuh sehingga tak sedarkan diri? Sedangkan, khabar ayah sebelum ini, sungguh baik. Ayah dihantar fisioterapi, lelah ayah di sedut buang.... Atau segalanya hanya indah khabar dari rupa....??

Namun, DIA lebih mengetahui segalanya...
Tuhan, Selamatkan, LIndungi, Kasihani, serta KAU Rahmati insan yang aku sayang....

Tuesday, June 1, 2010

Perjalanan bermula, mesti tingkatkan usaha....

Salam semua...

Lama x update this blog, al maklumlah baru mula bertatih, mempelajari selok belok blog ni...
Anyway,byk story nk share tp, x semua laa...
Baru lps bercuti, just 2 weeks only!

13 May 2010 ~ Buat sambutan hari ibu n ayah, happening sgt2... Walaupun hanya utk keluarga shj, tp mak ajk jugak jiran sebelah rumah...

16 May 2010 ~ Menghadiri perayaan hari guru peringkat sek d Dato Mahmud 2, jmpa cg2 yg byk mendidik d sek men...miss u all!

21 May 2010 ~ Join sukan Juara Rakyat bersama pelajar UMK kat Parlimen Jeli, best walaupun hari panas. Aku masuk acara kali botol, tp x menang pun...hehehehe

22 May 2010 ~ Jalan2 ke Tesco Kota Bharu dgn my sister. Lama x ke sane, pekena Radix Chicken House kat Parkson Kota Bharu... Best!Best!Best! Belajar satu perkataan lucu dari anak sedara aku, Yaya "Abe GEMUK!!!"

24 May 2010 ~ Temankan kakak aku ke Perkhemahan Badan Beruniform Sek Ren di Kem Sri Gunung Batu Melintang, sambil usha tempat praktikal. Akhirnya dapat, kat PPD Jeli! Harap PSDC boleh terima.

28 May 2010 ~ Kenduri adik ipar my sis kat Tok Uban.

29 May 2010 ~ Shopping with my family ke Billion KB. Sayangnyer, beli jeans, tp tertinggal kat situ, sedeynyer...

Counting 5 Julai 2010 ~ Hari yang penuh debaran.... First time in my life! Akanku terus ukirkan senyuman utk menutup getar d jiwa....