Sunday, August 29, 2010

Suara hati masih menyatakan, ITU KAMU...

Ahlan Wassalam....

lama sgt x update blog ni.. rindu!
namun, masa sering kali cemburukan aku. masalah semakin bertimpa2, kadang2 aku buntu. tp, aku tetap tahu, biarlah, ada rahmat di sebalik semua itu...

menjenguk ke kalendar, sudah hampir 3 minggu umat islam berpuasa. Alhamdulillah, masih di beri kesempatan lagi. teringat pula zaman kolej dulu. berbuka dan bersahur bersama kawan2.. masak sama2, terawih sama2... terlalu rindu... namun, masa cepat berlalu, kami dah tinggalkan dunia kuliah itu dan sekarang masing2 merangkak ke alam pekerjaan...

***************************************************************************

Suara itu masih menyatakan ITU KAMU............

YAP, itu masih kamu...
tak mudah utk melupakan segala yang masih terpendam...
seringkali aku di katakan, tak menghargai kamu.....
di mana motifnya?
namun, aku hnya mampu berserah... buat apa aku terus menyatakan hal sebenar. sedangkan kamu menutup segala penglihatan, pendengaran..... aku tetap insan yang bersalah pada kamu....

hari ini, kita tak lagi berbual mesra... masing2 seolah membawa haluan sendiri... aku ke kiri, kamu ke kanan...
entah bila kan bertemu jalan damai....

yang pasti, Suara itu masih menyatakan, ITU KAMU..........

*******************************************************************************

Sehari lagi, kita kan menyambut hari kemerdekaan Malaysia yg ke 53 tahan...

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN, MALAYSIA!!!!

dan harapan aku, agar aku tak kan lagi d beenggu kenangan lalu yg menyakitkan hati...
kenangan yg tak kan membawa aku ke mana2...

dan buat si dia, moga ada sinar kemerdekaan di hati kamu utk hubungan ini.....
merdekakan jiwa kamu yg penuh curiga, merdekakan hati kamu dari sebarang kesangsian, dan merdekakan hubungan ini utk satu hala tuju yang pasti....

*********************************************************************************

Sunday, August 15, 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 ummat islam menjalani ibadah puasa. Syukur, kerana tahun ini kita masih lagi bertemu dgn Ramadhan. Bersama melayari kehidupan sbg khalifah Allah di Bumi ini...

Ramadhan tahun ini, aku jalani sedikit berbeza. Iyelah, kalau dulu, tak terasa sgt. Sbb aku belajar, jadi perantau yang jauhnya tak lah jauh sgt...
Tp, sekarang, sgt2 berbeza. Dulu, Terengganu dgn Kelantan, bukanlah jarak yg boleh mengukur perbezaan. Kalau aku nk balik, boleh ajer...

Sekarang, aku dah mmg jd perantau yg betul2 perantau. Jarak Kuala Lumpur dan Kelantan, betul2 membezakan aku. Teringat pulak kala waktu berbuka dgn keluarga. Ayah aku mesti WAJIB berbuka dgn cendol kegemarannya. Mak pulak, akan buat kerabu jantung pisang, pengat pisang, puding roti.... Rindu waktu itu, terkenang...

Makkk, Ayah. rindunyer....

Walaupun aku kat KL ni, bukanlah sebatang kara. Sbb, aku dok kat rumah kakak aku. Tp, x sama time berbuka tu kalau nk dbandingkan dgn berbuka dgn mak ayah... Waktu ni, barulah aku sedar, masa2 emas bersama mak dan ayah...

Itu baru cerita berpuasa, berbuka... tak masuk cerita seminggu nk rayer lg.. Tahun ni, mmg betul2 mencabar aku... Nk apply cuti awal, huhhhhh, aku baru jer start keje. mane la buleh bermimpi nk cuti lama2... Adoiiiiii....

Anyway, aku harap segalanya berjalan dgn lancar.. Biarpun hati aku di selubungi kerinduan, serta ingatan kepada kampung halaman...
Aku sebenarnya x pernah berjauhan sebegini rupa...

so, Selamat Menjalani Ibadah Puasa buar seluruh kaum muslimin dan muslimat d seluiruh pelusuk dunia....

Sunday, August 8, 2010

Bermulalah sebuah perjalanan kehidupan....

Salam semua...

Lama betul x update blog ni. Kesibukan melanda aku sejak akhir2 ni. hehehe, x lah sibuk mcm perdana menteri weii..

Cerpen pun dah lama x update. walaupun, tak amai yg membaca cerpen aku, but aku mmg suka buat cerpen. Just mengisi masa lapang aku lah.



Usaha selama dua tahun setengah akhirnya berbaloi. Tanggal 3 Ogos 20010, aku di tauliahkan sebagai Graduan Diploma MMC ke 14. Alhamdulillah, aku panjat sepenuhnya kesyukuran buat yg Maha Pencipta atas nikmat kurniaan Nya. Terima Kasih buat Bonda serta Ayahanda tercinta atas sokongan serta dorongan, doa kalian. Tanpa Ma dan ayah, aku tak kan wujud di muka Bumi Tuhan ini. Ampunkan segala salah silap aku, serta redhailah perjalanan anakmu ini...Amin...



Kegembiraan itu, aku kongsi bersama kawan2 aku yang lain. Tahniah buat budak2 Batch 7 intake Julai 2007 (Wani, Susi, K.emy, Yati, Tini,Janah, Tea, Mijie, Amin, Juan, Alias, Pojie, Nawa, Alif dll....)
Tak lupa buat budak2 Batch 6 dan Batch 8 yang konvo bersama...

Keesokan harinya, bermulalah sebuah perjalanan aku d bumi yang aku rasa asing ni. Kuala Lumpur!!! Aku tertanya2, apelah yg org suka sgt dtg Kuala Lumpur ni?? kenapa aku langsung x suka dtg Kuala Lumpur? dan rasa susah sgt nk hidup di Kuala Lumpur?? Allaualam...

Anyway, aku akan teruskan perjalanan ini. Kuatkan semangat kerana ini baru permulaan aku. Mula bekerja di TMPoint Kelana Jaya....

So, buat sesiapa yg menjenguk blog ini, Thanks a lot... Sudi2 kanlah membaca cerpen aku yang tak seberapa ini... Terima Kasih atas sokongan itu...