Thursday, July 22, 2010

Selesai berbuka puasa, Faraelyna mengambil wuduk. Lantas, dia menunaikan solat Maghrib. Usai solat, dia menadah tangan memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Namun, dia tak lupa, memanjat syukur kerana di pertemukan dengan cintanya, Farish Zul Hakimi. Dia masih ingat kali pertama bertemu dengan Farish. Waktu itu, Farish merupakan seorang guru sandaran di sekolahnya. Tak disangka, keakraban mereka akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta. Sekarang, sudah 4 tahun hubungan mereka dan Farish telah menjadi guru tetap di sekolahnya dahulu.
Dia melipat sejadah dengan tertib. Tiba-tiba, deringan telefon bimbitnya mengusir kenangan dia bersama Farish.

”Asssalamualaikum, Fara buat ape?” Faris memulakan kata setelah Faraelyna menjawab panggilannya.
”Waalaikummussalam, baru selesai solat maghrib. Mimpi ke, abang telefon Fara ni?” jawab Faraelyna.
”Hummmm, mimpi? Takkan nak tunggu mimpi dulu, baru abang boleh telefon Fara. Fara tak suka ke abang telefon?”
”Ape pulak tak suka. Fara lagi suka kalau abang boleh telefon Fara hari-hari. Tapi, abang kan selalu sibuk. Mana sempat nak telefon Fara hari-hari.” ujar Fara meluahkan rasa hatinya.
”Maaflah kalau kesibukan abang ni buat Fara terkilan. Abang minta maaf banyak-banyak. Lagipun, abang kan dalam proses nak sambung belajar. So, sibuk sikit.”
”Tak apelah abang, Fara faham. Tak apelah....”
”Aikk, bunyi macam merajuk aje. Marahkan abang ye? Abang jauh ni, kalau nak pujuk.” Faris mula ingin menjernihkan keadaaan.
”Ala, kalau dekat pun belum tentu abang nak pujuk kan? Tak apelah, Fara boleh pujuk hati Fara sendiri.” Faraelyna makin galak ingin mengusik Faris.
Senyap.....
Akhirnya, Faris mengalah.
”Abang minta maaf... abang tahu, abang banyak buat Fara tersinggung.”
”Dah la abang, Fara dah terbiasa. Bukan baru semalam Fara kenal abang, tapi dah bertahun. Kalis rindu. Ada pun tak ape, tiada pun tak ape...” Faraelyna makin meluahkan apa yang tebuku.
Senyap lagi.....
”Fara kena faham abang, bukan abang sengaja.” Faris cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar.
”Sebab Fara cuba faham lah, kita masih macam ni. Dah la abang, lupakan saja. Abang buat ape tu?” Faraelyna ingin melupakan apa yang berlaku.
”Abang dalam perjalanan nak pergi main futsal, dengan kawan-kawan sekampung ni. Hummmm, oklah. Nanti abang telefon semula ye.”
”Oklah, main elok-elok. Assalamualaikum.” cepat-cepat Faraelyna mematikan panggilan. Takut di ketauhi oleh Faris, bahawa hatinya kini makin jauh.
”Tutttttt....”

Seperti kebiasaan, Faraelyna menyiapkan tugasan yang di beri oleh pensyarah. Hatinya yang jauh, tak di hiraukannya. Rasa terkilan yang di alami, akan hilang dengan sendiri bila dia menyibukkan diri dengan hal-hal lain. Apatah lagi, sejak dia melepaskan jawatan sebagai Naib Yang DiPertua Kolej dan mengambil keputusan untuk tidak bertanding lagi.
Dia akan menghadapi ujian yang sukar semester akhir ni. Dia tak mahu sibuk atas urusan lain, masalah lain. Cukuplah masalah dia dan Faris yang mungkin takkan selesai sampai bila-bila.

Faris sentiasa sibuk dengan urusannya. Langsung tiada masa untuk Faraelyna. Faraelyna tidak seperti pasangan bercinta yang lain. Seperti kawan-kawannya yang lain. Kadang-kadang dia cemburu, tapi di pendamkan saja. Lagipun, dia tahu, dia tak boleh buat ape-ape. Sejak di semester satu lagi, ramai yang ingin menjadikan dia teman istimewa, tapi bagi Faraelyna Binti Rahman, hatinya tak mungkin berubah begitu saja. Faraelyna telah mengunci serapat pintu hatinya untuk orang lain. Baginya, Faris Zul Hakimi akan menghuni hatinya buat selamanya. Memang Faris bukan yang pertama, tapi dia berharap Faris adalah yang terakhir.

Dia bersyukur, kedua ibubapanya merestui hubungannya bersama Faris. Faris pandai mengambil hati. Kata ibu, Faraelyna banyak berubah sejak dia mengenali Faris. Kalau dulu, Faraelyna lebih kebudak-budakan. Tapi kini tidak lagi. Mungkin faktor usia, dan apabila besama Faris dia malu untuk bersikap begitu lagi. Maklumlah, Faris 10 tahun lebih matang dari Faraelyna. Dia juga tak pernah kisah apabila di sindir teman-teman sekolej kerana bercinta dengan orang yang lebih berusia. Memang dia layak mendapatkan yang lebih muda,seusia dengannya. Tapi, soal hati dia tak boleh menolak.

Ramai yang ingin mengenali Faraelyna. Gadis yang memiliki sepasang mata coklat galak. Peramah, dan sedap mata memandang. Dari senior hinggalah abang pembuat air di cafe pun ada yang ingin berkenalan dengannya. Bagi Faraelyna, dia hanya mengangap mereka hanya kawan saja. Cikgu Faris Zul Hakimi sentisa memenangi carta di hatinya.

Faraelyna menguap berkali-kali. Ish, manalah si Sara ni. Keluar bandar dari petang tadi, tak balik-balik lagi ni. Banyak betul barang yang nak di belinya tu. Dia bawa tak kunci bilik ni? Nanti, kalau aku tertidur kan, bising plak dia membebel kalau aku lambat bangun buka pintu ni.

”Assalamualaikum....”
”Waalaikummussalam, ha panjang pun umur kau Sara.” jenguk Faraelyna di muka pintu.
”Ni mesti kes mengumpat aku kan?” Sara menapak masuk ke dalam bilik sambil menjinjit beberapa beg plastik.
”Ehh, tak kuasa aku nak mengumpat kau. Lagipun aku sorang aje dalam bilik ni, tak syok nak mengumpat kau sorang-sorang. Amboi banyaknya memborong.”
”Ala biasa je, barang-barang biasa. Aku ada belikan bontot ayam. Kau nak tak? Kalau nak tu, ambik dalam plastik merah tu.”
”Eee, tak nak lah. Aku tak macam kau. Suka makan bontot ayam. Nanti gemuk bontot aku macam bontot kau. Heheehe.” cebik Faraelyna.
”Tak nak sudah. Kau dah makan ke? Berbuka dengan ape tadi?”
”Sayang jugak kau kat aku erk. Aku berbuka dengan nasi goreng yang aku beli kat cafe petang tadi. Ala kadar aje. Malas la nak masak nasi.” jelas Faraelyna.
”Hmmm, oklah tu! Aku nak mandi.”

Faraelyna menghantar kelibat Sara hingga ke pintu bilik air. Beruntung jadi Sara. Tiap-tiap hari, kalau ada masa lapang, kekasihnya Adam akan bawa dia keluar makan. Maklumlah, Adam dah ditukar bekerja di Terengganu. Walaupun hanya sebagai kerani di sebuah syarikat percetakan di bandar Kuala Terengganu. Tapi aku..... ish, dia teringat lagi pada Faris. Faris bukan begitu. Faris telalu sibuk hinggakan tiada masa untuk dia. Lagipun, Faris mengajar di Kelantan, bukan di Terengganu. Tapi, kalau di Terengganu pun, dia tak mkan di layan macam Sara. Faris berlainan dengan Adam. Kenapa pulak aku nak bandingkan Faris dengan Adam ni? Teruk betul la la aku nie. Dah,dah....

”Sara, aku nak tido dulu laa. Mengantuk betul. Nanti kau tolong tutupkan lampu ye.” pesan Faraelyna sejurus Sara masuk mengunci pintu.
”Aikk, awalnyer. Ehem, cikgu telefon tak hari ni.” balas Sara.
”Takde, dia sibuk. Tak macam orang tu, hari-hari keluar.” lantas dia menarik selimut menutupi seluruh badannya.
”Hmmmm, sibuk aje. Ala, aku pun boring jugak. Asyik keluar je. Kesian kat kau tinggal sorang-sorang.”
”Dah laa. Aku nak tidur ni. Esok nak bangun awal. Ada discussion dengan pensyarah.”
”Ok. Bye Fara. Mimpikan abang cikgu tu yer.....”

Abang....
Tanpa disedari, air mata mengalir menemani tidur Faraelyna malam itu.

P/s : to be continued......

Wednesday, July 21, 2010

~ Episod 2 : Masih sama seperti dulu.....

Friday, July 16, 2010

Cerpen Ber~episod : Masih sama seperti dulu....

Part 1 :

Faraelyna meletakkan beberapa buah fail ke atas meja. Tudung yang di pakai sejak pagi tadi di buang perlahan lantas menyangkutnya di belakang pintu. Dia terlalu letih. Kuliah yang di hadiri sejak pagi tadi membuatkan dia keletihan. Maklumlah, ini adalah tahun akhir Faraelyna bergelar pelajar di Kolej Multimedia Timur. Projek yang di terima sejak dua minggu lalu membuatkan dia tak lena tidur.

“ Assalamualaikum, eh Fara kau dah balik? Patutlah aku cari kau kat library tadi tak ada.” Sara, rakan sebilik Fara menjengah di muka pintu, menapak masuk ke bilik itu.
“ Aku letih la, lagipun hari ni aku puasa. Malas nak lama-lama kat situ.” Jawab Faraelyna, bangun membetulkan duduknya.
“ Kau malas ke atau tak sudi nak tengok muka Haris tu? Aku kesian tengok dia, ke mana kau pergi, situlah dia ada. Tapi kau langsung tak pandang dia.” Cebik Sara.
“ Sapa suruh dia ikut aku? Ish, dah la. Lagipun dia tu macam kawan kita yang lain jugak. Cuma, dia tu berat mulut skit. Tu yang aku tak berapa suka nak kawan dengan dia. Sepatah di tanya, bukan sepatah yang di jawab, tapi setengah patah je. Membosankan.” Faraelyna bingkas bangun lalu membuka tingkap bilik. Tiba-tiba dia terpandang seseorang sedang duduk di atas kerusi batu di bawah asrama. Haris! Mata mereka bertembung, secepat kilat, dia menolak langsir menutupi separuh tingkap.
“ Kenapa dengan kau ni, buka ajelah tingkap tu. Boleh la aku hirup udara segar tengahari ni.”
“ Kau buka lah sendiri. Aku nak mandi. Panas!” Faraelyna menapak lalu menyambar tuala yang tergantung di penyidai. Damm!! Pintu bilik di tutup.

Di dalam bilik air, Faraelyna bingung memikirkan tentang Haris. Lelaki yang dikenali sejak mula-mula mendaftar di Kolej ini. Lantas, mengimbau kejadian dua tahun lepas.

***********************************************************************

”Faraelyna binti Rahman.......”
Dia bangun dan menuju ke kaunter pendaftaran. Duduk dan mengisi borang kelayakan. Setelah siap, dia memulangkan borang itu kepada pensyarah yang bertugas.

Aduh, lambatnye. Perut dah lapar ni. Bisik Faraelyna. Ibu dan ayah telah lama balik. Matanya masih basah kerana menangis. Sedih kerana terpaksa tinggalkan ibu dan ayah. Abangnya, Johan hanya tersenyum memujuk. Ah, abang dalam situasi macam ni pun masih boleh tersenyum. Lagipun, hanya dia dan Johan yang duduk bersama ibu dan ayahnya. Kakaknya, Farawahida sudah bersuami dan bekerja di Kuala Lumpur. Faraelyna anak bongsu. Memang patut dia menangis. Mana pernah dia berpisah dengan ibu sebelum ni.

“ Dah la nangis, tak comel adik abang kalau nangis.” Satu cubitan hinggap di pipinya.
“ Sakit lah.” Sambil menggosok pipinya.
Johan selalu menganggap Faraelyna budak kecil. Selalu menangis, manja! Tapi, dia tak pernah marah adiknya. Lagipun hanya sekali-sekala dia balik ke rumah. Dapatlah dia mengusik adiknya itu. Sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia, amat jarang dia balik ke rumah. Sebab itulah, dia teramat menyayangi adiknya itu. Itulah satu-satunya adik yang Johan ada.

“ Abang jaga ibu tau. Jaga ayah.” Pinta Faraelyna.
“ Ish, Fara ni. Macamlah Terengganu dan Kelantan jauh sangat. Nanti Fara boleh balik tiap-tiap minggu tau. Tak macam abang dulu. Sebulan sekali pun belum tentu.” Seloroh Johan yang memang suka mengusik adiknya tu.

Faraelyna melambai ke arah kereta ayah yang sudah membelok keluar dari kolej itu. Hatinya seperti ingin menjerit agar ayahnya kembali dan mengheret beg pakainnya masuk semula ke kereta. Tapi apa pulak kata abangnya nanti? Tentu dia akan di ejek lagi. Dengan malas, Faraelyna mencapai beg pakaian nya menuju ke arah asramanya.

Sewaktu kakinya memijak anak tangga yang terakhir, tiba-tiba bahunya di tolak kasar, dumm!!
Faraelyna jatuh tersungkur.
” Maafkan saya, saya tak sengaja..”
Faraelyna menggosok lututnya yang sakit. Sakit kerana terkena bucu anak tangga. Dia langsung tak menghiraukan kata-kata maaf lelaki yang menolaknya itu. Tanpa memandang ke arah lelaki itu, dia bingkas bangun, mencapai beg pakaiannya lantas menuju ke arah lif.

Lelaki itu hanya mampu memandang Faraelyna.

Semenjak hari itu, setiap hari Faraelyna akan menerima sekeping nota maaf kecil. Malu juga dia apabila sering kali di ejek mempunyai ”secret admirer” sepanjang minggu orientasi.

Namun, pada malam persembahan akhir, Faraelyna sempat memberi ucapan kepada sesiapa sahaja yang memberi nota maaf kecil itu. Faraelyna telah memaafkan kesalahan dia dan meminta agar tidak menggangunya lagi. Dan semenjak hari itu, dia tak di ganggu lagi...

Berkisah tentang Haris Hykal. Lelaki yang telah melanggar Faraelyna. Tanpa disedari menyimpan perasaan sejak pertama kali bertemu lagi. Pertama kali memandang mata galak, bewarna coklat milik Faraelyna, dia jadi tak keruan. Sejak itulah dia mula mengirimkan nota maaf kecil buat pujaan hati. Setelah di tegah oleh Faraelyna, dia berhenti. Namun, jauh di sudut hati dia berjanji akan menawan sekeping hati milik Faraelyna Binti Rahman.

”Dummmm!! Woi, mandi ke berangan haa! Aku pun nak mandi jugak nie...” Sara menampar kuat pintu bilik mandi yang di huni oleh Faraelyna sekejap tadi.
”Ala, bilik mandi bukan satu ni ajelah. Guna la yang lain.” jerit Faraelyna.
”Yelah, kau tu mandi ke berangan ha? Dari tadi kau masuk, aku tak bunyi air pun.”
”aku lupa nak buka!” jawab Faraelyna.
”Dah la,jangan bising. Nanti hilang fokus aku nak mandi ni.”

~bersambung.......

Ingatan, masih sama seperti dulu.......~~~

Haluuu, Assalamualaikum....

Uhuuu, lama betul tak update blog ni... Kesibukan menghalang segalanya... Tapi, hari minggu mcm ni, aku cuba sedaya yg mampu, update segala yg dah ttinggal...

Anyway, 5 Julai dah pun berlalu. Itu tarikh temuduga aku dgn kerajaan. So, excited lah sikit. Semuanya, Alhamdulillah bjalan dgn lancar...

6 Julai, aku dah melapor diri, bpraktikum d Pejabat Pelajaran Daerah Jeli. Hari ni, dah genap seminggu aku di sana... Semuanya, biasa2 saja... Dan, biasalah kalau budak2 praktikal ni d buli sikit...Eheeee...

**********************************************

Segalanya, aku tempuh dgn hati yang terbuka. Sepertimana, fitnah serta tuduhan yg aku dapat. Anyway, thanks buat si dia... Pengalaman bersama si dia, membuatkan aku befikir panjang...

Aduh, sakitnya seperti gigitan sang semut. Lepas sapu ubat, hilanglah sakitnya. Tapi, kesan parutnya agak lama utk sembuh... Biarlah begitu..

Ingatan itu, masih sama seperti dulu. Rasanya, baru semalam aku dan si dia mengayuh beskal bersama... Main pusing2 payung, bercerita tentang ombak dan pantai... Segalanya terlalu indah....

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan segalanya d Tangan Tuhan... Kita hanya mampu merancang... Kerana terlalu indah, biarlah aku buang jauh *kunci* hati ni... Biar tiada sesiapa lagi selepas si dia... (Cewahhh, dtg dari lubuk hati aku tuh...)

Hadoiii......Past is Past......

*********************************

Okey2, ish...

Teringat pulak pd kengkawan aku kat PSDC... Kak Shu, Kak Tul, Tini, Azwani, Tea, Yati, Susi, Aida, Una, Fifi, Kak Diana, Kak Ema, Kak Aini....... dan budak lelaki yg buleh d hitung dgn jari, Yoo, Apih, n Fizie....HukHukHuk
(Weiii, bila nk main boling sesama lagi??...) Hadoiii....

Byk tul citer baru skrg, tapi sygnyer aku x dpt g tgk wayang dah... kat Kelate, mane ade panggung wayang kan?...
Hadoiii, terlepas sudaaa...