Wednesday, July 21, 2010

~ Episod 2 : Masih sama seperti dulu.....

Selesai berbuka puasa, Faraelyna mengambil wuduk. Lantas, dia menunaikan solat Maghrib. Usai solat, dia menadah tangan memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Namun, dia tak lupa, memanjat syukur kerana di pertemukan dengan cintanya, Farish Zul Hakimi. Dia masih ingat kali pertama bertemu dengan Farish. Waktu itu, Farish merupakan seorang guru sandaran di sekolahnya. Tak disangka, keakraban mereka akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta. Sekarang, sudah 4 tahun hubungan mereka dan Farish telah menjadi guru tetap di sekolahnya dahulu.
Dia melipat sejadah dengan tertib. Tiba-tiba, deringan telefon bimbitnya mengusir kenangan dia bersama Farish.

”Asssalamualaikum, Fara buat ape?” Faris memulakan kata setelah Faraelyna menjawab panggilannya.
”Waalaikummussalam, baru selesai solat maghrib. Mimpi ke, abang telefon Fara ni?” jawab Faraelyna.
”Hummmm, mimpi? Takkan nak tunggu mimpi dulu, baru abang boleh telefon Fara. Fara tak suka ke abang telefon?”
”Ape pulak tak suka. Fara lagi suka kalau abang boleh telefon Fara hari-hari. Tapi, abang kan selalu sibuk. Mana sempat nak telefon Fara hari-hari.” ujar Fara meluahkan rasa hatinya.
”Maaflah kalau kesibukan abang ni buat Fara terkilan. Abang minta maaf banyak-banyak. Lagipun, abang kan dalam proses nak sambung belajar. So, sibuk sikit.”
”Tak apelah abang, Fara faham. Tak apelah....”
”Aikk, bunyi macam merajuk aje. Marahkan abang ye? Abang jauh ni, kalau nak pujuk.” Faris mula ingin menjernihkan keadaaan.
”Ala, kalau dekat pun belum tentu abang nak pujuk kan? Tak apelah, Fara boleh pujuk hati Fara sendiri.” Faraelyna makin galak ingin mengusik Faris.
Senyap.....
Akhirnya, Faris mengalah.
”Abang minta maaf... abang tahu, abang banyak buat Fara tersinggung.”
”Dah la abang, Fara dah terbiasa. Bukan baru semalam Fara kenal abang, tapi dah bertahun. Kalis rindu. Ada pun tak ape, tiada pun tak ape...” Faraelyna makin meluahkan apa yang tebuku.
Senyap lagi.....
”Fara kena faham abang, bukan abang sengaja.” Faris cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar.
”Sebab Fara cuba faham lah, kita masih macam ni. Dah la abang, lupakan saja. Abang buat ape tu?” Faraelyna ingin melupakan apa yang berlaku.
”Abang dalam perjalanan nak pergi main futsal, dengan kawan-kawan sekampung ni. Hummmm, oklah. Nanti abang telefon semula ye.”
”Oklah, main elok-elok. Assalamualaikum.” cepat-cepat Faraelyna mematikan panggilan. Takut di ketauhi oleh Faris, bahawa hatinya kini makin jauh.
”Tutttttt....”




Seperti kebiasaan, Faraelyna menyiapkan tugasan yang di beri oleh pensyarah. Hatinya yang jauh, tak di hiraukannya. Rasa terkilan yang di alami, akan hilang dengan sendiri bila dia menyibukkan diri dengan hal-hal lain. Apatah lagi, sejak dia melepaskan jawatan sebagai Naib Yang DiPertua Kolej dan mengambil keputusan untuk tidak bertanding lagi.
Dia akan menghadapi ujian yang sukar semester akhir ni. Dia tak mahu sibuk atas urusan lain, masalah lain. Cukuplah masalah dia dan Faris yang mungkin takkan selesai sampai bila-bila.

Faris sentiasa sibuk dengan urusannya. Langsung tiada masa untuk Faraelyna. Faraelyna tidak seperti pasangan bercinta yang lain. Seperti kawan-kawannya yang lain. Kadang-kadang dia cemburu, tapi di pendamkan saja. Lagipun, dia tahu, dia tak boleh buat ape-ape. Sejak di semester satu lagi, ramai yang ingin menjadikan dia teman istimewa, tapi bagi Faraelyna Binti Rahman, hatinya tak mungkin berubah begitu saja. Faraelyna telah mengunci serapat pintu hatinya untuk orang lain. Baginya, Faris Zul Hakimi akan menghuni hatinya buat selamanya. Memang Faris bukan yang pertama, tapi dia berharap Faris adalah yang terakhir.

Dia bersyukur, kedua ibubapanya merestui hubungannya bersama Faris. Faris pandai mengambil hati. Kata ibu, Faraelyna banyak berubah sejak dia mengenali Faris. Kalau dulu, Faraelyna lebih kebudak-budakan. Tapi kini tidak lagi. Mungkin faktor usia, dan apabila besama Faris dia malu untuk bersikap begitu lagi. Maklumlah, Faris 10 tahun lebih matang dari Faraelyna. Dia juga tak pernah kisah apabila di sindir teman-teman sekolej kerana bercinta dengan orang yang lebih berusia. Memang dia layak mendapatkan yang lebih muda,seusia dengannya. Tapi, soal hati dia tak boleh menolak.

Ramai yang ingin mengenali Faraelyna. Gadis yang memiliki sepasang mata coklat galak. Peramah, dan sedap mata memandang. Dari senior hinggalah abang pembuat air di cafe pun ada yang ingin berkenalan dengannya. Bagi Faraelyna, dia hanya mengangap mereka hanya kawan saja. Cikgu Faris Zul Hakimi sentisa memenangi carta di hatinya.

Faraelyna menguap berkali-kali. Ish, manalah si Sara ni. Keluar bandar dari petang tadi, tak balik-balik lagi ni. Banyak betul barang yang nak di belinya tu. Dia bawa tak kunci bilik ni? Nanti, kalau aku tertidur kan, bising plak dia membebel kalau aku lambat bangun buka pintu ni.

”Assalamualaikum....”
”Waalaikummussalam, ha panjang pun umur kau Sara.” jenguk Faraelyna di muka pintu.
”Ni mesti kes mengumpat aku kan?” Sara menapak masuk ke dalam bilik sambil menjinjit beberapa beg plastik.
”Ehh, tak kuasa aku nak mengumpat kau. Lagipun aku sorang aje dalam bilik ni, tak syok nak mengumpat kau sorang-sorang. Amboi banyaknya memborong.”
”Ala biasa je, barang-barang biasa. Aku ada belikan bontot ayam. Kau nak tak? Kalau nak tu, ambik dalam plastik merah tu.”
”Eee, tak nak lah. Aku tak macam kau. Suka makan bontot ayam. Nanti gemuk bontot aku macam bontot kau. Heheehe.” cebik Faraelyna.
”Tak nak sudah. Kau dah makan ke? Berbuka dengan ape tadi?”
”Sayang jugak kau kat aku erk. Aku berbuka dengan nasi goreng yang aku beli kat cafe petang tadi. Ala kadar aje. Malas la nak masak nasi.” jelas Faraelyna.
”Hmmm, oklah tu! Aku nak mandi.”

Faraelyna menghantar kelibat Sara hingga ke pintu bilik air. Beruntung jadi Sara. Tiap-tiap hari, kalau ada masa lapang, kekasihnya Adam akan bawa dia keluar makan. Maklumlah, Adam dah ditukar bekerja di Terengganu. Walaupun hanya sebagai kerani di sebuah syarikat percetakan di bandar Kuala Terengganu. Tapi aku..... ish, dia teringat lagi pada Faris. Faris bukan begitu. Faris telalu sibuk hinggakan tiada masa untuk dia. Lagipun, Faris mengajar di Kelantan, bukan di Terengganu. Tapi, kalau di Terengganu pun, dia tak mkan di layan macam Sara. Faris berlainan dengan Adam. Kenapa pulak aku nak bandingkan Faris dengan Adam ni? Teruk betul la la aku nie. Dah,dah....

”Sara, aku nak tido dulu laa. Mengantuk betul. Nanti kau tolong tutupkan lampu ye.” pesan Faraelyna sejurus Sara masuk mengunci pintu.
”Aikk, awalnyer. Ehem, cikgu telefon tak hari ni.” balas Sara.
”Takde, dia sibuk. Tak macam orang tu, hari-hari keluar.” lantas dia menarik selimut menutupi seluruh badannya.
”Hmmmm, sibuk aje. Ala, aku pun boring jugak. Asyik keluar je. Kesian kat kau tinggal sorang-sorang.”
”Dah laa. Aku nak tidur ni. Esok nak bangun awal. Ada discussion dengan pensyarah.”
”Ok. Bye Fara. Mimpikan abang cikgu tu yer.....”

Abang....
Tanpa disedari, air mata mengalir menemani tidur Faraelyna malam itu.

No comments:

Post a Comment