Saturday, February 26, 2011

Dingchhhh : Part 2

Yuhuuuu, Assalamualaikum sedari....

Ngeeee~ Lamanya tak update blog... Rinduuu~

Sekarang, boleh la cik kalis rindu sambung dingchhh part 2. Cerita ceriti versi kampung...

4. Cik kalis rindu yg suka gigit bibir..ngeee~
Hahaha, terkojut ke? Cik kalis rindu mmg ada tebiat tu sejak dari kecik lagi. Suka gigit bibir, adakalanya sampai pecah, berdarah! Ahahaha, bila dok sesaje je, itulah hobi cik kalis rindu. Ada satu hari tu, sedang asyik cik kalis rindu melayan hobi Baik Punyer, tanpa disedari ianya berdarah. Cik kalis rindu buat rileks jer. Sampai la ditegur oleh my dad.. Ceramah lagi ??.. *semestinya*

5. Mimpi Ular, alamatnya ada org nak masuk meminang?.. GotCha
Tak dapat nak ramal. Kebuktian masih tak boleh nak dibuktikan. Ni bukan pertama kali, dah banyak kali. Itu sebabnya cik kalis rindu kata ianya tak terbukti lagi. Kejadian mimpi ni berlaku dah berulang kali pada cik kalis rindu. Bila kat kampung, cik kalis rindu bagitahu la dgn my mum. Mengikut kata orag tua, bila kita bermimpi tentang ular, ada pinangan yang akan datang minta kita. Kiranya, cik kalis rindu dah byk kali dah termimpikan ular ni, xde pun pinangan dtg pinang cik kalis rindu.. Keh3.. Bila cik kalis rindu search internet, mimpi tentang ular memberi alamat ada sihir yang akan menimpa kita. Minta dijauhkan,...

***************************************************************************

Tutup cerita cerita versi kampung tu. Hari tu, cik kalis rindu mnghadiri kursus Induksi kat MSN, Bukit Jalil. Best, tapi letih. Dapat jumpa separuh Customer Service Telekom Sales and Service di seluruh Malaysia. Woww!! Paling happening, cik kalsi rindu dapat jumpa kawan sebilik alias kawan sekolej cik kalis rindu masa muda mudi dulu. Cik Tuan Azwani Bt Tuan Anera... Ini gambar dia...



Kami bila berjumpa, mmg G.I.L.A.. Tebiat lama, start semula. Dan, kerana kami ni asal dari Kelate, bila jumpa mmg akan berkomunikasi dalam loghat Kelate. Jumpa plak dgn geng yg mmg sekepala. Aween. huhuhu, riuh kursus itu dibuatnya...










Layan ajelah ape yang ada,k...

regards,
cik kalis rindu...

Tuesday, February 15, 2011

Lupakan si "Drama Queen", nak start "Akulah Cinderella"...

Wuhaaaaaa.....

Lepaskan segala perasaan buruk itu ! Dah, cik kalis rindu dah tak nak ingat tentang si Drama Queen ke, Drama King tu lagi.. Boleh tak utk kali ni, cik kalis rindu nak guna ayat yang agak kasar?.. Bleh kan?...

"lantak kau lah i**, asalkan kau tak nyusahkan hdp org lagi...keluar kau dari bayangan hidup aku !!!"

Huhhh, agak kasarkan?.. Tapi, cik kalis rindu dah tak dapat tahan dah.. Bila cik kalis rindu cakap dgn dia, buat sakit hati jer.. Dgn selamba, dia buat muka tak bersalah ! Yarkkkk!!! Sebumbung dgn dia, buat cik kalis rindu rimas! Sebilik dgn dia, cik kalis rindu lemas!

So, pergilah dgn Drama King vs Drama Queen... Apa ku kisah??..




Skrg, startlah cik kalis rindu meghabiskan Aku Cinderella plak.. Ape tu? Bukan Princess tau, tapi itu novel terbaru yang cik kalis rindu beli masa balik kampung beberapa minggu yg lalu.. Baru 20 muka surat cik kalis rindu baca.. Bila la nak habiskan novel ni kan.. Dulu, percaya tak, cik kalis rindu mampu habiskan satu novel yang bermuka surat 500, hanya dalam 2 hari! Muahahaha, cik kalis rindu mmg hantu novel.. Boleh tidur lewat, semata2 excited nak tahu penghujung jalan ceritanya...


Itu cerita dulu, cerita waktu cik kalis rindu muda mudi.. Sekarang dah tua ker?.. Ahahaha, itu kan waktu belajar, waktu seronok.. Sekarang, dah ada komitmen lain dah.. So, cik kalis rindu akan cuba habiskan novel ini, InsyaAllah....

Sebelum cik kalis rindu out dari entry ini, apa kata kita sama2 layanzzz gambar2 si kacak ini... Eheeee, sape yg tak suka si kacak ini, jgn la komen lebih2.. setiap org ada citarasa, minat, kesukaan tersendiri... Mgkn si kacak ini termasuk dalam list antara yg cik kalis rindu minat... no point !!! Gotcha,...











regards,
cik kalis rindu 2.0.1.1

Monday, February 14, 2011

Drama King vs Drama Queen...

Wachaaaaaa!!!! Haaaa, terkezut?... Kalaulah cik kalis rindu di beri peluang, mau je cik kalis rindu menempekkan jari cik kalis rindu kat muka dia...! Huhhhh, eeee... Geram nyerrr...

Mesti uols terfikir, apesal laa cik kalis rindu marah sgt nie?.. Uhuuuu, cik kalis rindu ni manusia biasa jugak, ada hati perasaan, serta persaan marah... Selama ni, mgkn cik kalis rindu terlalu lurus... Arghhh, terpedaya lagi bahh...

Sakit hati bila kwn yg selama ni kita anggap ok, rupanya tikam kita dari belakang! Wahhh, dia mmg expert bab2 tipu menipu, serta bermuka2! Woww, mmg berbaloi2...
Huhhhh...

Cik kalis rindu tak naklah mengaibkan dia. Tp, sekadar nk luah perasaan marah yg terpendam ni.. Tergamak dia buat mcm ni pada cik kalis rindu...

Terbantut hasrat cik kalis rindu nak bercerita ceriti versi kampung tue.. Nasib cik kalis rindulah.. Tuhan Maha Kaya, bila di hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari, DIA tunjukkan siapa kwn cik kalis rindu yg sebenar.. Cik kalis rindu balik dari kursus ingat boleh la beristirehat, tp tpaksa tanggung masalah yg dia buat.. Malah, tetap maintain menunjukkan muka tak bersalahnya pada cik kalis rindu... Hebat lakonan dia, Drama Queen !!!




Nak buat benda tak senonoh pun, carilah tempat lain.. Tempat yang strategik! Drama low bajet agaknya.. Ish, Ya Allah, Kau jauhkan aku dr kemaksiatan...

So, menapaklah cik kalis rindu tanpa hala tuju.. Dah la kerja kat Kelana Jaya, terpaksa berkelana plak... Huhhh! Terus teringatkan my opis.. Situlah hala tuju cik kalis rindu biarpun hari tu cik kalis rindu off day.. Huwaaaaa...

Apepun, satu pengalaman buat cik kalis rindu.. Jgn percayakan sesiapa sebegitu aje.. Cik kalis rindu ni terlalu lurus, cepat pcayakan org!... dan orang tu, maintain dgn muka yg tak bersalah, masih boleh berDrama King lagi !!! gua suspek sama lu...!

regards
cik kalis rindu...

Saturday, February 5, 2011

Dingchhhhh !!! Part 1

Haluuuu, errr Assalamualaikum... Hype, mesti uols rindu kat cik kalis rindu kan?...
Hehehe, cik kalis rindu balik kg. Seronok sesangat!

Dan sekarang, cik kalis rindu kembali memijak bumi Kuala Lumpur ni.

Bila balik kampung, banyak cerita yang cik kalis rindu nak kongsikan dgn uols. Cerita ceriti versi kampung! So, apakata uols layanzzz cerita ceriti versi kampung cik kalis rindu nih...hehehe

1. Bila dah habis sekolah, anak dara di kahwinkan cepat2... huhhh!
Ni cerita yang my mum ceritakan pada cik kalis rindu, d suatu petang yang sungguh tenang. Sebenarnya, petang tu, ada jiran dekat kawasan rumah cik kalis rindu buat mejlis sambut menantu. So, sedang asyik cik kalis rindu dgn my mum menjamu jejemput bawang (hasil air tangan cik kalis rindu), terdengarkah pukulan kompang. Dum, dum, dummm... Rupanya ada majlis kenduri selang beberapa buah rumah je dr rumah cik kalis rindu. My mum cakap, "Aikk, bila plak ada kenduri ni? Selalunya, akan sampai la Surat Madoh..." (surat jemputan kenduri laa...). Cik kalis rindu jeling menjeling jugaklah si pengantin lelaki. Hensem.. Mgkn, mak cik kalis rindu tahu yang anaknya ini tgh memuji si pengantin tu lantas, mak cik kalis rindu pun mulakanlah cerita ceritinya..
" Masa zaman dulu2, ramai anak dara yang kawin muda. Mcm mak, kawin masa umur 15 tahun. Dulu, habis je sekolah, terus kawinkan anak dara dgn anak teruna. Hantaran tak perlu byk2, mjlis buat ala kadar aje."
Cik kalis rindu mula menumpukan perhatian kpd "ceramah" percuma tu...hehehe
" Dulu, mane ada dating mating ni. Kalau lelaki tu nak, terus datang masuk meminang."
Errr, alamak, terkena ats batang hidung sendiri la plak... Gulp!

2. Nyanyi kat dapur pun salah..... Errr,
Cik kalis rindu diberi peluang utk memasak. Hahaa, setelah sekian lama kan. Al-maklumlah, kat umah sewa tak berkesempatan. kalau memasak pun, maggi special (katanya..), telur goreng ajer.. So, satu hari tu, cik kalis rindu masakkan sup bakso utk mak. Resipi khas dari mak cik cleaner a.k.a kak limah opis cik kalis rindu. Masa tgh kusyuk memasak, cik kalis rindu menyanyi lah. Mula2 slow, pastu makin lama makin kuat plak. Smpai mak yang kat lua rumah jerit "anak dara tak baik nyanyi kat dapur, nnti dapat laki tua..." Errrr, tetiba mulut automatik terdiam. Huhhh, cerita org tua2, nt dapat laki tua.. Fullamak,kalau bpangkat dato, blh jd datin kan?..hahaha




3. Lepak kat atas tangga di petang hari, nt tak laku... hahaha, lucu!
Suatu petang yg indah, cik kalis rindu lepak dgn sepupu kat rumah kakak. Rumah kg, kebiasaan ada bendul dan tangga yg tinggi. Mcm syok je, kami pun lepak kat situ sambil mkn pisang goreng. Tetiba, ada mak cik tegur, "anak dara tak elok makan atas tangga, nanti tak laku..." Gulp, hadoi... terkena ats batang hidung lagi ke??

cik kalis rindu ke MSN, Bukit Jalil..
kursus induksi, katanya...
regards
cik kalis rindu laa...