Friday, July 16, 2010

Cerpen Ber~episod : Masih sama seperti dulu....

Part 1 :

Faraelyna meletakkan beberapa buah fail ke atas meja. Tudung yang di pakai sejak pagi tadi di buang perlahan lantas menyangkutnya di belakang pintu. Dia terlalu letih. Kuliah yang di hadiri sejak pagi tadi membuatkan dia keletihan. Maklumlah, ini adalah tahun akhir Faraelyna bergelar pelajar di Kolej Multimedia Timur. Projek yang di terima sejak dua minggu lalu membuatkan dia tak lena tidur.

“ Assalamualaikum, eh Fara kau dah balik? Patutlah aku cari kau kat library tadi tak ada.” Sara, rakan sebilik Fara menjengah di muka pintu, menapak masuk ke bilik itu.
“ Aku letih la, lagipun hari ni aku puasa. Malas nak lama-lama kat situ.” Jawab Faraelyna, bangun membetulkan duduknya.
“ Kau malas ke atau tak sudi nak tengok muka Haris tu? Aku kesian tengok dia, ke mana kau pergi, situlah dia ada. Tapi kau langsung tak pandang dia.” Cebik Sara.
“ Sapa suruh dia ikut aku? Ish, dah la. Lagipun dia tu macam kawan kita yang lain jugak. Cuma, dia tu berat mulut skit. Tu yang aku tak berapa suka nak kawan dengan dia. Sepatah di tanya, bukan sepatah yang di jawab, tapi setengah patah je. Membosankan.” Faraelyna bingkas bangun lalu membuka tingkap bilik. Tiba-tiba dia terpandang seseorang sedang duduk di atas kerusi batu di bawah asrama. Haris! Mata mereka bertembung, secepat kilat, dia menolak langsir menutupi separuh tingkap.
“ Kenapa dengan kau ni, buka ajelah tingkap tu. Boleh la aku hirup udara segar tengahari ni.”
“ Kau buka lah sendiri. Aku nak mandi. Panas!” Faraelyna menapak lalu menyambar tuala yang tergantung di penyidai. Damm!! Pintu bilik di tutup.

Di dalam bilik air, Faraelyna bingung memikirkan tentang Haris. Lelaki yang dikenali sejak mula-mula mendaftar di Kolej ini. Lantas, mengimbau kejadian dua tahun lepas.

***********************************************************************

”Faraelyna binti Rahman.......”
Dia bangun dan menuju ke kaunter pendaftaran. Duduk dan mengisi borang kelayakan. Setelah siap, dia memulangkan borang itu kepada pensyarah yang bertugas.

Aduh, lambatnye. Perut dah lapar ni. Bisik Faraelyna. Ibu dan ayah telah lama balik. Matanya masih basah kerana menangis. Sedih kerana terpaksa tinggalkan ibu dan ayah. Abangnya, Johan hanya tersenyum memujuk. Ah, abang dalam situasi macam ni pun masih boleh tersenyum. Lagipun, hanya dia dan Johan yang duduk bersama ibu dan ayahnya. Kakaknya, Farawahida sudah bersuami dan bekerja di Kuala Lumpur. Faraelyna anak bongsu. Memang patut dia menangis. Mana pernah dia berpisah dengan ibu sebelum ni.

“ Dah la nangis, tak comel adik abang kalau nangis.” Satu cubitan hinggap di pipinya.
“ Sakit lah.” Sambil menggosok pipinya.
Johan selalu menganggap Faraelyna budak kecil. Selalu menangis, manja! Tapi, dia tak pernah marah adiknya. Lagipun hanya sekali-sekala dia balik ke rumah. Dapatlah dia mengusik adiknya itu. Sebagai pelajar di Universiti Putra Malaysia, amat jarang dia balik ke rumah. Sebab itulah, dia teramat menyayangi adiknya itu. Itulah satu-satunya adik yang Johan ada.

“ Abang jaga ibu tau. Jaga ayah.” Pinta Faraelyna.
“ Ish, Fara ni. Macamlah Terengganu dan Kelantan jauh sangat. Nanti Fara boleh balik tiap-tiap minggu tau. Tak macam abang dulu. Sebulan sekali pun belum tentu.” Seloroh Johan yang memang suka mengusik adiknya tu.

Faraelyna melambai ke arah kereta ayah yang sudah membelok keluar dari kolej itu. Hatinya seperti ingin menjerit agar ayahnya kembali dan mengheret beg pakainnya masuk semula ke kereta. Tapi apa pulak kata abangnya nanti? Tentu dia akan di ejek lagi. Dengan malas, Faraelyna mencapai beg pakaian nya menuju ke arah asramanya.

Sewaktu kakinya memijak anak tangga yang terakhir, tiba-tiba bahunya di tolak kasar, dumm!!
Faraelyna jatuh tersungkur.
” Maafkan saya, saya tak sengaja..”
Faraelyna menggosok lututnya yang sakit. Sakit kerana terkena bucu anak tangga. Dia langsung tak menghiraukan kata-kata maaf lelaki yang menolaknya itu. Tanpa memandang ke arah lelaki itu, dia bingkas bangun, mencapai beg pakaiannya lantas menuju ke arah lif.

Lelaki itu hanya mampu memandang Faraelyna.

Semenjak hari itu, setiap hari Faraelyna akan menerima sekeping nota maaf kecil. Malu juga dia apabila sering kali di ejek mempunyai ”secret admirer” sepanjang minggu orientasi.

Namun, pada malam persembahan akhir, Faraelyna sempat memberi ucapan kepada sesiapa sahaja yang memberi nota maaf kecil itu. Faraelyna telah memaafkan kesalahan dia dan meminta agar tidak menggangunya lagi. Dan semenjak hari itu, dia tak di ganggu lagi...

Berkisah tentang Haris Hykal. Lelaki yang telah melanggar Faraelyna. Tanpa disedari menyimpan perasaan sejak pertama kali bertemu lagi. Pertama kali memandang mata galak, bewarna coklat milik Faraelyna, dia jadi tak keruan. Sejak itulah dia mula mengirimkan nota maaf kecil buat pujaan hati. Setelah di tegah oleh Faraelyna, dia berhenti. Namun, jauh di sudut hati dia berjanji akan menawan sekeping hati milik Faraelyna Binti Rahman.

”Dummmm!! Woi, mandi ke berangan haa! Aku pun nak mandi jugak nie...” Sara menampar kuat pintu bilik mandi yang di huni oleh Faraelyna sekejap tadi.
”Ala, bilik mandi bukan satu ni ajelah. Guna la yang lain.” jerit Faraelyna.
”Yelah, kau tu mandi ke berangan ha? Dari tadi kau masuk, aku tak bunyi air pun.”
”aku lupa nak buka!” jawab Faraelyna.
”Dah la,jangan bising. Nanti hilang fokus aku nak mandi ni.”

~bersambung.......

No comments:

Post a Comment