Tuesday, December 7, 2010

Cerpen Ber-episod : Masih Ada Sambungannya....

Dia melepaskan keluhan sebaik sahaja menyandarkan tubuhnya di kerusi. Arghh, batal lagi disscussion aku pagi ni. Jerit hatinya.

” Assalamualaikum.....”

Tiba-tiba degupan jantungnya berhenti. Dia tahu itu suara siapa. Suara yang pernah membuat hidupnya di kampus serba salah. Suara yang setiap kali menggangu, membuatkan dia menyampah. Dia beristigfar di dalam hati. Lantas teringan pesanan arwah neneknya dahulu, kalau kita terlalu membenci seseorang itu, mungkin Tuhan akan jodohkan diri kita dengan orang yang kita benci itu. Ya Allah, selisih malaikat 44!!

”Waalaikummussalam...” ragu-ragu dia membalas ucapan salam itu. Lidahnya tiba-tiba kelu. Tanpa di jemput, haris melabuhkan punggung di hadapan Faraelyna.

”Boleh saya duduk di sini?” Haris memulakan kata.
”Hmm, dah duduk pun...” Faraelyna mula menjawab.

Suasana sepi seribu bahasa. Faraelyna hanya menundukkan mukanya sambil membelek buku yang baru di ambilnya dari rak bersebelahan. Mujurlah ada buku itu sebagai alat untuk mematikan kata. Faraelyna masih diam.

”Maaflah kalau saya menggangu Fara. Saya sebenarnya, emmm, sayaaaa......”

Apahal pulak mamat ni? Ish, tak boleh jadi ni.

” Maaflah Haris, saya ada hal ni. Saya terlupa yang saya perlu belikan Sara sarapan pagi ni. Saya pergi dulu ya” . Dengan pantas Faraelyna menjinjit bukunya meninggalkan Haris yang terpinga-pinga. Sejak bila pulak Sara mula bersarapan ni. Ahh, lantaklah. Asalkan aku dapat mengelak dari bertentangan mata dengan mamat ni. Ish, bertentangan mata? Faraelyna hanya mampu menggelengkan kepalanya.

Faraelyna, aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mu. Bukan aku tak pernah cuba untuk membuang kau dari hati ku, tapi semakin aku mencuba, semakin kuat perasaan itu. Maafkan aku, aku tak mampu. Ya Tuhan, aku hargai setiap perasaan yang Kau kurniakan kepadaku, tapi aku tak terdaya nak hadapi Faraelyna.

Haris hanya mampu melihat susuk tubuh Faraelyna menghilang di sebalik pelajar-pelajar yang berpusu-pusu masuk ke dalam perpustakaan. Ingin rasanya dia menahan Faraelyna dan menyatakan luahan hatinya. Namun, dia tahu hati Faraelyna keras. Sekeras kerak nasi? Dia makin buntu. Semakin dia ingin mendekati wajah itu, semakin jauh Faraelyna lari. Pernah dia berputus asa. Tapi, hatinya akan merasakan sakit.

*****************************************************************************

Faraelyna terduduk di kerusi yang sedikit terlindung dari pandangan orang di sudut kafetaria. Haris! Kenapa dia hadir kala aku di ulit rasa jauh? Abang, knp tak pernah mengerti kemelut hati ini? Nafasnya yang serabut, di hembus tenang. Namun, ada rasa ketegasan! Arghhhh, kenapa dia?

Faraelyna terus mendaki tangga ke hostel. Dia harus menjauhi lelaki tu. Lelaki yang buat hidupnya tak menentu. Kenapa harus dia, bukah Faris!
Faris, Haris... seperti ada persamaan di sebalik nama itu, namun ternyata bukan Haris yang ada di hati Faraelyna.

”Assalamualaikum, Sara. Weii, tak bangun lagi?”

Faraelyna menapak masuk ke bilik yang cukup memuatkan 2 buah katil, meja belajar untuk 2 orang, dan almari. Hati yang sedari tadi tak tenang, semakin tenang sebaik terpandang laut yang terbentang di hadapan mata. Andainya aku boleh jadi seperti ombak, bisa merubah pantai...

Namun aku akui, aku hanya inan biasa, insan yang di cipta utk terus bernafas di bumi ini, sehingga tiba masanya, aku diminta meninggalkan alam fana ini. Tapi, apakah aku bersedia utk itu? Dengan amalan yang tak seberapa ini?...

Aku tekad, lupakan seketika tentang aku dan Faris. Hidup mesti diteruskan. Tesis akhir mesti disiapkan! Ada jodoh tak ke mana. Biarlah masa yang menentukan segalanya.


to be continued....
cik kalis rindu

No comments:

Post a Comment