Sunday, January 30, 2011

Bersambung lagi : Andai itu Takdirnya...

"Aku terima nikahnya, Faraelyna Binti Rahman dengan mas kahwin senaskah Al-Quran.”

Sah. Laju air mata Faraelyna mengalir. Teringin dia mendengar lafaz itu dari mulut Faris Zul Hakimi. Namun, andai itu takdirNya, dia redha. Dia cuba lapangkan hati, menerima Qada dan Qadar. Sekarang, dia adalah milik Firas Akashah. Faris Zul Hakimi adalah cinta sempurna, dan telah jadi satu kenangan. Pastinya akan tetap tersimpan utuh di sanubari.


Saat upacara membatalkan air sembahyang, dia merelakan tangannya di sentuh Firas. Sebentuk cincin belah rotan bersalut emas putih tersarung erat. Dia kini sah menjadi milik Firas namun akan taatkah dia nanti? Ya Allah, biarpun perkahwinan ini terjadi tanpa kerelaan aku, Kau relakan lah hati ini supaya taat serta patuh pada suamiku. Saat Firas mengucup dahinya, sebak terasa. Air matanya laju mengalir.




"Fara, jadilah isteri yang solehah. Syurga Fara sekarang terletak di telapak kaki suami. Mak sentiasa doakan yang terbaik buat Fara.” Kami berpelukan erat.

Di saat berita itu sampai ke telinga mak, mak seakan redha. Mungkin ini yang terbaik. Sampai saja mak di rumah Mak Usu, mak memeluk Fara seeratnya. Dugaan seberat itu, tak tertanggung rasanya bila dipendam seorang diri. Ternyata, naluri ibu, cepat memahami anaknya. Kata mak, sabarlah. Ini dugaan hidup. Sesungguhnya, banyak rahmat yang Tuhan ingin tunjukkan. Mungkin, perkahwinan ini akan jadi satu rahmat.

Tangan ayah, digenggam erat. Lantas dicium penuh hormat. Terima kasih ayah, Fara akan cuba jadi isteri yang baik. Tapi, layakkah Fara? Tiada kata yang terluah oleh ayah. Redup mata itu, cukup menyatakan segalanya. Faraelyna perlu kuat.

Biarpun majlis pernikahan ini tiada sambutan yang meriah. Cukup lafaz ijab dan kabul. Faraelyna menapak masuk ke bilik. Letih. Dugaan demi dugaan menimpa diri. Ingatannya belum lagi pulih sepenuhnya dari mengingati Faris Zul Hakimi, dia di uji dgn pernikahan ini. Ya Allah, sesungguhnya ini ujian Mu, aku terima. Kau kuatkan hati ini. Sesungguhnya, tiada dugaan yang kau berikan, melebihi kekuatan hati hambamu.

Di kala Faraelyna sibuk melayan perasaan, pintu biliknya di kuak perlahan. Faraelyna memandang susuk tubuh itu. Firas Akashah. Tudung yang terdampar di atas katil cepat dicapai. Ehh, kau dah jadi isteri dia lah Fara. Tiada lagi sekatan aurat. Satu suara cuba menginatkan Faraelyna. Tak, kau berjahwin bukan atas dasar cinta. Kau terpaksa, Fara. Kalau kau dedahkan segala aurat kau, apa yang akan tinggal bila suatu hari nanti kau ditinggalkan? Namun, di sisi lain, ada suara yang menghasutnya.

Lantas, tudung dipakai semula menutupi rambut Faraelyna. Firas Akashah masih memandang sepi wajah itu. Cantik. Namun, dia tahu Faraelyna bukan senang utk di dekati. Biarpun kini mereka sudah sah sebagai suami isteri.

"Awak tidurlah di katil itu. Saya boleh tidur di bawah. ” Suasana masih sepi. Biarlah, Firas Akashah pelu bersabar dgn Faraelyna. Sebelum dia membuat keputusan utk menerima Faraelyna, dia sudah memikirkan risiko yang akan berlaku.

Malam pertama perkahwinan berlalu sepi. Faraelyna menahan sendu di sudut katil. Bilik pengantin yang di hiasi indah, di pandang dingin. Layakkah aku di sini. Sekujur tubuh yang dibaluti selimut nipis di pandang. Dia memilih aku utk mengisi kekosongan hatinya. Pertemuan yang tak sampai sebulan, kini di akhiri dgn ikatan perkahwinan. Siapa dia, siapakah Firas Akashah? Perkahwinan kami bukan atas cinta, malah kami terpaksa kahwin atas kesilapan yang bukan kehendak kami.

Dengan perlahan, Faraelyna merapati tubuh itu. Ditarik selimut agar menutupi separuh tubuh yang pastinya kedinginan. Ya Allah, beri aku peluang kalau inilah rahmat yang Kau berikan. Di usap perlahan tangan yang buat pertama kali menyentuhnya sewaktu upacara membatalkan air sembahyang. Sejuk. Ada getar di dada Faraelyna. Dia kembali ke sudut katil. Di rebahkan tubuh, dengan fikiran yang semakin melayang. Tanpa disedari, dia tidur dengan linangan air mata.

"Firas akan kembali ke Terengganu mak. Cuti semester pun dah hampir tamat. Firas akan bawa Faraelyna sekali.” Wajah Firas aku tatap, megharap penjelasan. Satu senyuman terukir di bibir Firas.

"Fara, Firas sebenarnya pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu. Dia balik ni pun sebab cuti semester. Minggu depan universiti dah mula buka. Fara sebagai isteri, kena ikut suami. Mak gembira menerima Fara sebagai menantu mak. Biarlah apa orang nak kata. Mak tak pernah salahkan Fara, jauh sekali nak salahkan Firas.”

Mak Cik Shida, merangkap mak mertua Faraelyna begitu baik hati. Faraelyna sangka, perkahwinan ini akan di tentang keluarga. Namun, itu hanyalah cerita di televisyen. Dia patut bersyukur, di terima oleh keluarga Firas.

"Firas dah minta tolong kawan Firas carikan rumah. Alhamdulillah, dapat rumah yang dekat dengan tempat kerja Firas.”

Firas tak pernah ceritakan yang dia seorang pensyarah. Ingatkan seorang penganggur, lulusan luar negara. Dalam diam, dia bangga dengan Firas. Mungkinkah akan timbul bunga-bunga cinta buat hubungan yang dingin ini.


"Saya tak pernah tahu pun awak ni seorang pensyarah. Kenapa tak bagitahu saya?. Faraelyna memulakan bicara. Firas yang baru selesai menunaikan solat asar menapak lalu melabuhkan penggung di sisi Faraelyna.

"Awak tak pernah tanya saya pun. Saya ingat, awak tak nak ambil tahu pasal saya.” Tangan Faraelyna dicapai. Tiada balasan, namun tangan itu masih digenggaman. Tidak seperti biasa, bagaikan ada kuasa elektrik, cepat saja Faraelyna menarik tangannya.
Masing-masing melayan perasaan. Ketenangan makin dirasakan oleh Faraelyna. Dia tak mahu lagi mengingati Faris Zul Hakimi. Dia adalah kenangan silam. Dan kini bahgianya dgn Firas Akashah, masa depannya. Dia akan cari bahagia itu. Biarlah kenangan lalu, berlalu pergi. Pergilah sepi, pergilah. Aku dah temukan bahagia aku.


nantikan sambungan akhir nanti,
regards,
cik kalis rindu...

No comments:

Post a Comment