Saturday, January 1, 2011

Cerpen Ber-episod.... kembali & bersambung lagi

Segalanya umpama putaran roda yang tiada titik hentinya. Roda berputar, dari atas ke bawah dan seterusnya terus berputar.....

Faraelyna melepaskan keluhan berat. Hampir 3 tahun dia membawa diri. Seakan tak mampu terima segala kenyataan yang tertulis. Faris, lelaki yang di cintai, yang di sayangi, lelaki yang banyak mengubah kehidupan remajanya pergi menyahut seruan Ilahi. Kesilapan yang akhirnya membawa kepada kehilangan selamanya. Dia tak menyangka, terlalu cepat Faris pergi tinggalkan dia terkontang sendirian. Di saat dia perlukan Faris, biarpun Faris seakan cuba menjauhkan diri, Tuhan menetapkan percaturan dalam hidupnya. Tanpa di sangka, Faris yang selama ini di sangka berubah hati, rupanya menahan duka di sudut hati. Faris menghidapi penyakit HIV akibat pemindahan darah yang dilakukan sewaktu menuntut di Universiti Malaya. Segalanya bagaikan sekelip mata. Hubungan yang dirancang untuk di bawa ke ijab dan kabul, akhirnya di pisah maut. Namun, Faraelyna redha, kerana itu sudah tertulis untuknya.

Dengan hati yang remuk, bagai tak mampu berpijak di bumi yang nyata. Faraelyna melangkah ke kampung halaman sebelah ibunya. Setelah menamatkan pelajaran di Multimedia College, di sinilah dia memulakan kehidupannya tanpa faris menemani. Terlalu pahit..!

Berbekalkan kepandaian dan kretiviti, dia menjadi seorang pencanting batik. Di sinilah asal Faraelyna sebenar. Di sudut ini dia mencari kekuatan sendiri. Tanpa sesiapa, biarpun ibunya seringkali menjenguk, malah sentiasa memujuk utk pulang ke rumah. Biarlah, dia lebih selesa di sini. Bertemankan pantai, ombak serta angin kampung. Di saat dia perlu meluahkan rasa, pantai tempat dia mengadu. Ombak jadi saksi rindunya dia pada arwah Faris. Dan angin lalu, membisikkan cinta biarpun hanya berlagu pilu.

”Mak, biarlah Fara kat sini. Lagipun, Mak Uteh ada. Dia pun dah Fara anggap mcm mak saudara Fara. Nanti ada masa, mak boleh datang lagi.”

Faraelyna menyalami tangan tua mak. Johan, abangnya hanya memandang sekilas. Dia tahu gelora apa yang ada di hati adiknya. Pasti sukat utk Fara terima semua ini. Ya Allah, Kau tabahkan hati Faraelyna.

Mak Uteh, ibu tunggal ketiadaan anak. Tinggal seorang diri,namun semenjak Fara datang, hidupnya bertukar wajah. Kehadiran anak yg sentiasa di rindui akhirnya terubat. Anaknya, Musliha meninggal hampir 5 tahun lepas. Meninggal ketika pulang dari mengambil keputusan SPM. Musliha dirempuh lori. Tak sempat meraikan kejayaan SPM bersama ibu tersayang. Redha, pasrah. Itu takdir kehidupan.

”Jaga diri, jangan diikutkan perasaan sgt. Yang pergi tu, biarlah pergi. Mak nk fara teruskan kehidupan. Mak rindu anak mak yg dulu.” Laju airmata itu mengalir, tanpa dipinta.

”Mak, Fara sayang mak. Tp, percayalah, Fara perlu masa. Kehilangan Abang Faris terlalu cepat. Fara redha, tp Fara perlu masa. Mak doakan fara ye.”
Tubuh mak dipeluk erat. Seakan tak mahu dia lepaskan. Hati ibu, begitu cepat dapat merasa. Hampir 9 bulan 10 hari, Faraelyana dalam rahim mak, tentu saja mak tahu apa yg terbuku di hati Fara.

”Maafkan Fara ayah, Fara tak nak buat mak dan ayah risaukan Fara. Beri peluang Fara bina keyakinan Fara semula.” Terasa sejuk tangan ayah sewaktu dia menyalami tangan tua itu.

”Ayah doakan Fara. Buatlah apa yg terbaik utk Fara.”

Faraelyna melambaikan tangan buat mak, ayah serta abangnya. Jangan risau, Fara akan bangkit semula. Beri Fara sedikit masa. Bisik hati kecil Fara.



Hampir setiap petang, kaki Faraelyna akan memijak pasir di pantai itu. Kagum dgn ciptaan Tuhan. Akhirnya, dia bersyukur kerana masih berpeluang bernafas di muka bumi ini. Dia rindu, rindu pada Faris. Namun, Faris hanya suatu kenangan yg berpijak sementara di hatinya. Pertemuan itu ada, cuma jodoh telah terpisah maut.

Tak mudah nak melupakan kehilangan kekasih. Bukan berpisah talak, tapi berpisah maut!
Moga ada seru mengatakan, Kau kekasih hingga ke akhirnya....

Kehadiran Faraelyna di sini bkn nk merampas segalanya. Cuma, meminjam keindahan di kampung ini utk bekalan keyakinan dii. Lantas dia teringat pada Syamimi. Perempuan yang boleh di anggap kakak, namun sering kali iri hati padanya. Faraelyna tak pernah berniat nk rampas apa yg ada pada Syamimi, Cuma kepercayaan Pak Cik Harun lebih berpihak padanya.

Banyak perkara yang Syamimi buat supaya Faraelyna dibenci. Namun, Tuhan sntiasa ada dgn hambanya. Malah, mendengar doa hambanya yg teraniaya.

Kehadiran anak Pak Cik Harun menambahkan rasa iri hati. Firas Akasha. Lulusan luar negara. Malah, bekas tunangan adik kpd Syamimi. Kenapa berubah menjadi status bekas. Faraelyna malas nk ambik tahu.

Firas sering kali membantu Pak Cik Harun di bengkel mencanting. Bersama Faraelyna mengira stok batik yang akan dihantar ke ibu kota. Batik Pak Cik Harun agak terkenal dan seringkali di tempah oleh syarikat korporat ibu kota.

”Ke pantai lagi petang ni?” Firas mengejutkan lamunan seketika. Astagfirullah Halazim... nasib xde lemah jantung. Mgkin, kalau ada blh jatuh terjelepok Faraelyna.

”Ehh, maaf. Tak sengaja. Sorry...” Sengih Firas menampakkan barisan giginya. Putih, tanda tak merokok. Ingatan pada Faris mula menejah. Abang Faris pun tak merokok.

”Fara? Awk ok ker? Sy minta maaf k. Xde niat nk kejutkan awk.”

”Ehh, xpe. Sy pun tak perasan. Xpe2.” Lantas, kain yang terjatuh akibat insiden terkejut cepat2 di angkat semula.

Sewaktu berpusing, tanpa disedari dia terlalu dekat dgn tubuh Firas. Rak kain yang berada di kiri kanan membuatkan keadaan terlalu sempit utk dua makhluk Tuhan ni, Aduh, apesal tiba2 jadi panik. Errr.... Rileks Fara, cool....

Wangian tu! Faris, Firas..... Ingatan itu kembali.

”Ni hadiah utk abang. Selamat Ulang Tahun Hubungan kita, yang ke-5.”
”Ape ni? Emmm, yang ni utk Fara. Ingatkan org tu dah lupa...”
”Lupa? Tak kan sesekali. Namun belum sempat Faraelyna mghabiskan ayat...
”Tapi berkali kali kan?... Nakal”. Satu cubitan hinggap di hidung Faraelyna.

Bungkusan sama-sama dibuka. Terkejut, terpaku, hingga tak dapat berkata-kata. Akhirnya, terburai ketawa Faraelyna dan Faris tatlkala bungkusan dibuka dan menampakkan isinya.

Macam berjanji. Masing-masing menghadiahkan minyak wangi. Faraelyna memilih set minyak wangi Polo utk Faris, manakala set wangian Body Shop pilihan Faris utk Faraelyna.

Kenangan terindah, dan hadiah terakhir utk hubungan mereka.
Faraelyna menjauh, lalu langkah kaki dihayun selaju mungkin. Faris Hakimi, terlalu dekat dihati. Sukar nak melupakan. Ya Allah, bantulah hamba-Mu. Kuatkan semangat.

Firas Akashah yang masih terpinga-pinga, semakin bingung dgn Faraelyna.....

to be continue again...
regards,
cik kalis rindu 2011

No comments:

Post a Comment