Sunday, January 30, 2011

Teristimewa, kau sentiasa di hati...

Haluuu, Assalamualaikum...

Yehaaaa.... cik kalis rindu agak teruja dan gumbira di kala ini. Esok bermulalah cuti cik kalis rindu. Wahhh, tak sabarnyer nak balik kampung... Yeayyyyy!!!

Akhirnya, cik kalis rindu dapat balik jugak ke kampung halaman. Setelah sekian lama berada di perantauan. Agak teruja uols! Hmmm, tiket dah beli, baju dah kemas, kerja2 opis yang terbengkalai (terutamanya borang permohonan Unifi, dah cik kalis rindu settlekan..), yang tinggal cuma pending yang tak sempat buat di sebabkan kerja2 teknikal sahaja lah...

Wowwww, moment paling berharga, bila dapat balik ke kampung seminggu lamanya! Lepas seminggu tu, cik kalis rindu kursus orientasi pulak. Best! Well, Well, Well...

Bila dikenang, cik kalis rindu terkenang saat2 manis dgn kawan2. Terasa kerinduan yang syahdu itu. Buat kawan blogger, fatihah tea tu, mesti awak rindu kan saya sgt2 kan?.. Saya pun begitu jua. Tak lupa buat Fatini Mad Adam, yang dah nak jadi isteri org tak lama lagi. Boleh taj saya request, awak jgan la kawen awal2, nt kita takde masa nak berfoya2 lagik...hehehehe...



...ini la kawan sy tu, cik tea dan cik fatini....

Bila nak balik ni, saya terus ingatkan my mum and my dad. Sebenarnya, ayah saya akan menjalani satu operation mata. Saya tak pasti apa penyakit yang sebenar. Tapi, apa yang di cakapkan oleh my mum, pembedahan membuang selaput mata dan menggantikan kornea mata. Auchhh, dgrnya macam sakit saja. Tapi, setelah mendapatkan nasihat doktor, ayah sy dapat menangguhkan pembedahan itu buat sementara. Menurut sejarah pembedahan yang dah dilakukan oleh doktor2 mata, risiko selepas pembedahan agak menyusahkan pesakit. Pesakit dikehendaki berpantang makan, tak boleh banyak bergerak, malah tak dapat membuat aktiviti harian dgn sempurna!

Kami adik beradik bersepakat, apa kata kita cuba rawatan altenatif dahulu. Bukan nak meragui rawatan moden, tapi tak salah kalau kita mencuba.

Wahhh, tak sabar rasanya nak balik kampung ni. Wahai hati, bersabarlah! hehehe..
soo, kalau ade ape2 cerita best, cik kali rindu akan update lagi.. Itu akan jadi versi kampung la plak... Al-maklumlah, cik kalis rindu kat kampung.. ahaks!

regards,
cik kalis rindu...

Bersambung lagi : Andai itu Takdirnya...

"Aku terima nikahnya, Faraelyna Binti Rahman dengan mas kahwin senaskah Al-Quran.”

Sah. Laju air mata Faraelyna mengalir. Teringin dia mendengar lafaz itu dari mulut Faris Zul Hakimi. Namun, andai itu takdirNya, dia redha. Dia cuba lapangkan hati, menerima Qada dan Qadar. Sekarang, dia adalah milik Firas Akashah. Faris Zul Hakimi adalah cinta sempurna, dan telah jadi satu kenangan. Pastinya akan tetap tersimpan utuh di sanubari.


Saat upacara membatalkan air sembahyang, dia merelakan tangannya di sentuh Firas. Sebentuk cincin belah rotan bersalut emas putih tersarung erat. Dia kini sah menjadi milik Firas namun akan taatkah dia nanti? Ya Allah, biarpun perkahwinan ini terjadi tanpa kerelaan aku, Kau relakan lah hati ini supaya taat serta patuh pada suamiku. Saat Firas mengucup dahinya, sebak terasa. Air matanya laju mengalir.




"Fara, jadilah isteri yang solehah. Syurga Fara sekarang terletak di telapak kaki suami. Mak sentiasa doakan yang terbaik buat Fara.” Kami berpelukan erat.

Di saat berita itu sampai ke telinga mak, mak seakan redha. Mungkin ini yang terbaik. Sampai saja mak di rumah Mak Usu, mak memeluk Fara seeratnya. Dugaan seberat itu, tak tertanggung rasanya bila dipendam seorang diri. Ternyata, naluri ibu, cepat memahami anaknya. Kata mak, sabarlah. Ini dugaan hidup. Sesungguhnya, banyak rahmat yang Tuhan ingin tunjukkan. Mungkin, perkahwinan ini akan jadi satu rahmat.

Tangan ayah, digenggam erat. Lantas dicium penuh hormat. Terima kasih ayah, Fara akan cuba jadi isteri yang baik. Tapi, layakkah Fara? Tiada kata yang terluah oleh ayah. Redup mata itu, cukup menyatakan segalanya. Faraelyna perlu kuat.

Biarpun majlis pernikahan ini tiada sambutan yang meriah. Cukup lafaz ijab dan kabul. Faraelyna menapak masuk ke bilik. Letih. Dugaan demi dugaan menimpa diri. Ingatannya belum lagi pulih sepenuhnya dari mengingati Faris Zul Hakimi, dia di uji dgn pernikahan ini. Ya Allah, sesungguhnya ini ujian Mu, aku terima. Kau kuatkan hati ini. Sesungguhnya, tiada dugaan yang kau berikan, melebihi kekuatan hati hambamu.

Di kala Faraelyna sibuk melayan perasaan, pintu biliknya di kuak perlahan. Faraelyna memandang susuk tubuh itu. Firas Akashah. Tudung yang terdampar di atas katil cepat dicapai. Ehh, kau dah jadi isteri dia lah Fara. Tiada lagi sekatan aurat. Satu suara cuba menginatkan Faraelyna. Tak, kau berjahwin bukan atas dasar cinta. Kau terpaksa, Fara. Kalau kau dedahkan segala aurat kau, apa yang akan tinggal bila suatu hari nanti kau ditinggalkan? Namun, di sisi lain, ada suara yang menghasutnya.

Lantas, tudung dipakai semula menutupi rambut Faraelyna. Firas Akashah masih memandang sepi wajah itu. Cantik. Namun, dia tahu Faraelyna bukan senang utk di dekati. Biarpun kini mereka sudah sah sebagai suami isteri.

"Awak tidurlah di katil itu. Saya boleh tidur di bawah. ” Suasana masih sepi. Biarlah, Firas Akashah pelu bersabar dgn Faraelyna. Sebelum dia membuat keputusan utk menerima Faraelyna, dia sudah memikirkan risiko yang akan berlaku.

Malam pertama perkahwinan berlalu sepi. Faraelyna menahan sendu di sudut katil. Bilik pengantin yang di hiasi indah, di pandang dingin. Layakkah aku di sini. Sekujur tubuh yang dibaluti selimut nipis di pandang. Dia memilih aku utk mengisi kekosongan hatinya. Pertemuan yang tak sampai sebulan, kini di akhiri dgn ikatan perkahwinan. Siapa dia, siapakah Firas Akashah? Perkahwinan kami bukan atas cinta, malah kami terpaksa kahwin atas kesilapan yang bukan kehendak kami.

Dengan perlahan, Faraelyna merapati tubuh itu. Ditarik selimut agar menutupi separuh tubuh yang pastinya kedinginan. Ya Allah, beri aku peluang kalau inilah rahmat yang Kau berikan. Di usap perlahan tangan yang buat pertama kali menyentuhnya sewaktu upacara membatalkan air sembahyang. Sejuk. Ada getar di dada Faraelyna. Dia kembali ke sudut katil. Di rebahkan tubuh, dengan fikiran yang semakin melayang. Tanpa disedari, dia tidur dengan linangan air mata.

"Firas akan kembali ke Terengganu mak. Cuti semester pun dah hampir tamat. Firas akan bawa Faraelyna sekali.” Wajah Firas aku tatap, megharap penjelasan. Satu senyuman terukir di bibir Firas.

"Fara, Firas sebenarnya pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu. Dia balik ni pun sebab cuti semester. Minggu depan universiti dah mula buka. Fara sebagai isteri, kena ikut suami. Mak gembira menerima Fara sebagai menantu mak. Biarlah apa orang nak kata. Mak tak pernah salahkan Fara, jauh sekali nak salahkan Firas.”

Mak Cik Shida, merangkap mak mertua Faraelyna begitu baik hati. Faraelyna sangka, perkahwinan ini akan di tentang keluarga. Namun, itu hanyalah cerita di televisyen. Dia patut bersyukur, di terima oleh keluarga Firas.

"Firas dah minta tolong kawan Firas carikan rumah. Alhamdulillah, dapat rumah yang dekat dengan tempat kerja Firas.”

Firas tak pernah ceritakan yang dia seorang pensyarah. Ingatkan seorang penganggur, lulusan luar negara. Dalam diam, dia bangga dengan Firas. Mungkinkah akan timbul bunga-bunga cinta buat hubungan yang dingin ini.


"Saya tak pernah tahu pun awak ni seorang pensyarah. Kenapa tak bagitahu saya?. Faraelyna memulakan bicara. Firas yang baru selesai menunaikan solat asar menapak lalu melabuhkan penggung di sisi Faraelyna.

"Awak tak pernah tanya saya pun. Saya ingat, awak tak nak ambil tahu pasal saya.” Tangan Faraelyna dicapai. Tiada balasan, namun tangan itu masih digenggaman. Tidak seperti biasa, bagaikan ada kuasa elektrik, cepat saja Faraelyna menarik tangannya.
Masing-masing melayan perasaan. Ketenangan makin dirasakan oleh Faraelyna. Dia tak mahu lagi mengingati Faris Zul Hakimi. Dia adalah kenangan silam. Dan kini bahgianya dgn Firas Akashah, masa depannya. Dia akan cari bahagia itu. Biarlah kenangan lalu, berlalu pergi. Pergilah sepi, pergilah. Aku dah temukan bahagia aku.


nantikan sambungan akhir nanti,
regards,
cik kalis rindu...

Monday, January 24, 2011

Bila saya kata T.I.D.A.K, ia tetap akan jadi T.I.D.A.K !! Utk jadi Y.A, nanti saya fikirkan semula...

Salam....

Masing2 ada masalah sendiri, masalah dunia, masalah peribadi...
Luahkan jangan simpan dalam hati, boleh cerita di kedai kopi..hehehehe...
Tetiba plak kan? Teringat lagu nie...

Kadang2, orang tak faham apa itu T.I.D.A.K. Bila sekali saya kata T.I.D.A.K, ia tetap akan jadi T.I.D.A.K. Tegaskah saya ketika itu? Atau, saya ni E.G.O? Hmmmm, nanti saya fikirkan...





Kenapa saya kata ianya T.E.G.A.S? Sebab, waktu itu saya begitu tetap dgn pendirian saya. Dan saya rasakan ianya keputusan yang paling baik yg pernah saya buat. Berkata tidak, pada sesuatu yg saya tak suka, adalah keputusan paling baik daripada saya hipokrit dgn berpura2 suka. Iye kan?....

Kenapa pula saya katakan ianya satu ke E.G.O an? Sebab, ada segelintir manusia, bila saya berkata begitu, ianya bunyi seperti diri saya ni, ego! Wauwww, saya rasa sedikit, agak tercabar. Sesungguhnya, orang lain harus menghormati hak peribadi saya, sepertimana yang ada tercatat dalam Kamus Hak Asasi Manusia. Betul kan?

Namun, kita harus faham, tidak semua apa yang kita inginkan dapat dterima oleh semua orang. Itu yang harus kita faham!

Wahh, saya sedang memotivasikan diri saya. Sekaligus, mengingatkan diri saya agar tidak terlalu tegas dalam membuat sesuatu keputusan. Cuba utk dgr, fikir serta memahami apa pula kehendak org lain. Tidak harus hanya memikirkan kebaikan diri sendiri, hingga mengabaikan kebaikan orang lain. Haaa, harus di ingat, mungkin satu keputusan yang kita buat itu, akan mengecewakan 10 hati yang lain!

Susah kan, utk buat satu keputusan di saat2 genting. Tak boleh turutkan nafsu, tapi berfikir dgn minda, kaji baik dan buruk keputusan yang akan di ambil...

Saya ingin bersikap serius, namun tak mahu terlalu beremosi. Jiwa kacau, boleh merosakkan mood utk terus berhadapan dgn hakikat. Dan sekarang, saya sedang serius menyatakan kehendak saya. Saya akan berkata TIDAK bila saya rasakan sesuatu perkara itu tak patut utk saya. Dan, saya akan berkata YA bila ianya layak utk saya.

Sesungguhnya, entry saya kali ini agak serius, tidak terlalu beremosi! Ada nada ketegasan, tiada hasutan nafsu, serta diselangi dgn pemikiran yang positif.

**** saya tak sangka, saya sebenarnya boleh berblogging secara serius. Ohhh, kenapakah?...

regards,
cik kalis rindu yang serius...

Sunday, January 23, 2011

Impian, keperluan, angan-angan... Tak Salah Berangan...

Assalamualaikum... Salam 1 Malaysia buat rakyat malaysia....

Dengan hati yg masih berbaki kesugulan, kesedihan serta ke*tekanan, cik kalis rindu masih buleh ber*blogging tau...

Malah, byk pulak impian serta keperluan yg cik kalis rindu inginkan.... Ahahaha...
Sebenarnya, cik kalis rindu ni, walaupun di belenggu sebesar mana pun masalah, cik kalis rindu tak kan sesekali mengalah. Bak kata seseorang, jadikan kesilapan itu satu proses pembelajaran... Biarpun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya...

Aiyakkk, ehhh korang ada tak impian nk dapatkan sesuatu? Mesti ada kan? Cik kalis rindu pun ada tau. Tp, cik kalis rindu kena tingkatkan banyak usaha utk dapatkannya. Ape tue? Nak tahu erk??



Emmm, first thing cik kalis rindu nk grab satu benda alah nie. Harga, perghhhh, mahal laa. Boleh kecut perut cik kalis rindu, ikat perut tiap2 bulan kalau nk dapatkan benda ni. Nak tau ape? Camera DSL Nikon D3000! Boleh tak, boleh tak? Wouwwww, makin kecut perut cik kalis rindu... Kihkihkih... Dulu cik kalis rindu tak suka bergambar, posing memosing nih. Tp, lama kelamaan, jadi suke sesangat. Bkn nk tunjuk kat org, tp utk koleksi kita sndiri.



Tapi, andaikata cik kalis rindu tak tercapai hajat utk memiliki Nikon ni, cik kalis rindu nak satu benda yg hampir sama tp tak serupa. Ni hah, Sony Ericson Xperia... Wahhhhh, makin hari, makin banyak gadget yg keluar!! Mane nk cekau duit nie? Ehehehe... Cik kalis rindu dah jumpe somebody yg pakai gadget ini... Siapakah dia? Si Dia adalah, Dialah kan... Hahahaha... Errr, kalaulah cik kalis rindu tak dapat memilikinya dgn hasil titik peluh cik kalis rindu sndiri, so cik kalis rindu request sebagai barang hantaran.. Hehehe,buleh kan,kan,kan...



Last, impian teristimewa cik kalis rindu teringin nk mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah. Besar hajat cik kalis rindu. Bila dgr cerita kakak kat ofis cik kalis rindu, rasa nak pijak Tanah Haram tu membuak-buak. Hingga terbawa-bawa dalam mimpi cik kalis rindu! Dan paling indah, bila dalam mimpi itu, cik kalis rindu berada di Tanah Suci Mekah, Kaabah di depan mata! Subhanallah.... Indah kita memikirkannya, pasti teramat indah bila dapat memijak sendiri Tanah Suci Mekkah... Segala masalah, pasti hilang... Tiada lain yang dapat kita fikirkan bila berada di sana, Hanya pada Ya Robb... Dan, pastinya, cik kalis rindu akan temui jawapan utk kebahagiaan cik kalis rindu..


Ehehehe, dah habis cerita ceriti tntang impian cik kalis rindu nih... Kadang-kadang, tak salah kalau kita ber~impian ni. Dalam masa yg sama, ia mengajar kita utk berusaha bersungguh, cekal serta tabah. Tak salah berangan, kan...



Errrrr, kalau nk berangan satu hari nanti cik kalis rindu nk jumpe En Shahir AF8 tu, blh tak? Auwww, Upsssss, ehehehehehe... i'm blushing already....


regards,
cik kalis rindu 2.0.1.1

Thursday, January 20, 2011

Bila Tension Mula Menjelma.... Aku takut, risau...

Arghhhh, cuti sehari tak dapat nk hilangkan rasa gemuruh dlm diri cik kalis rindu... Ternyata, dalam berjaga2, cik kalis rindu ter~cuai jua... Macamane nk mhadapi situasi macan ni???...

Apa yang cik kalis rindu boleh katakan, cik kalis rindu kini rasa tertekan, takut malah segalanya bercampur baur....

Ya Allah, Kau bantulah aku... Aku hanya insan lemah, kerdil yang tak bermaya di sisi Mu....

Dalam berjaga2, setelah berkali2 cik kalis rindu dinasihati supaya tak cuai, tp akhirnya ter~cuai jua. Ternyata, cik kalis rindu cukup tertekan kali ni. Mood nak bekerja, dah tak wujud lagi! Arghhhhhhh!!!

Cik kalis rindu rasa macam nk lari sejauh mungkin. Biar tak berhadapan dgn situasi sebegini! Macamane nk hadapinya lagi? Kenapa susah sgt cik kalis rindu nk halang diri ni dari memikirkan kesilapan itu???...

Tuhan, Aku bermohon. Tetapkan pendirian Ku. Jangan Kau pesongkan hati aku...

Cik kalis rindu hanya berharap, sesungguhnya, cik kalis rindu rasa down yang teramat sgt... Tetekan, malah kecewa dgn diri sendiri....

Biarpun cik kalis rindu keluar release tension dgn opismate, namun tak dapat nak buang rasa bersalah, serta tertekan dlm diri.. Masih teringat, terngiang....

Harap, bila mata ni terpejam, cik kalis rindu akan bangun pada situasi yg berbeza... Biar hilang segala rasa tekanan... Mungkinkah????

~ Mungkinkah akan wujud satu peluang serta keajaiban utk cik kalis rindu???


regards,
cik kalis rindu yg cuai 2011

Kau Selalu Di Hati, Tidak Ku Dekati, Dua Dunia Kita Berbeza

Assalam..... Salam 1 Malaysia jugap....

Wahhhh, hari cuti dtg lagi kan? Sonok, walaupun cuma sehari.. Pergi mane, pergi mane? Lepak kat rumah ajer laa...

Best tak tajuk entry cik kalis rindu kat post kali ni? Sama best tak dgn lagu yang tgh berkumandang tu?... Sama kan, kan... Cuba analisa elok2 lagu tu, ada betul nyer kan...

~ cinta itu buta dan boleh membutakan...
~ Melukakan dan sukar untuk kita lupakan...

~ Kenapa bercinta jika kesudahannya pasrah
~ Aku pasrah sahaja pada Yang Esa, Kerna ku tahu dua dunia kita berbeza...

Bila Dua Dunia Berbeza, mcmane? Itu cuma bahasa kiasan semata, kenyataannya kita masih berpijak di Dunia yg sama tau...

Anyway, cik kalis rindu tak tau nk cakap ape (taip)...

regards,
cik kalis rindu 2011

Wednesday, January 19, 2011

Masih Bersambung lagi.....

Sebak dada Faraelyna menahan sendu. Ya Allah, mengapa begitu sukar utk aku membuang segala kenangan antara Faris Zul Hakimi? Kau temukan aku dan dia, namun kau terlebih dahulu mengambil dia dari aku. Bahagia apa yang Kau janjikan utk aku? Ya Allah, aku tak patut menyangggah takdir ini...

Lautan yang terbentang luas, di tatap dalam. Faraelyna akhirnya jatuh terduduk! Tak mampu lagi menahan sendu, biar terlepas segalanya. Mahu saja dia meraung sekuat hati. Mak, Fara tak mampu nak tanggung semua ini seorang diri. Ayah, igin sekali Fara melepaskan sendu ini dalam pelukan ayah. Dan abang, pastinya akan mendengar setiap rintihan Fara....

Dalam rintihan itu, tanpa disedari Firas Akashah memandang sepi wajah Faraelyna. Dia ragu, siapakah Faraelyna sebenarnya? Mengapa hati kecil itu sering kali dirundum sepi? Seperti menahan sendu di ceruk rasa? Gadis bermata coklat galak, semakin hari, semakin indah di pandangan...

Firas Akashah melihat jam di pergelangan tangannya. Hampir maghrib! Kenapa Faraelyna masih terduduk di situ? Risau juga dia kalau-kalau terjadi apa-apa pada gadis kecil molek itu. Apa yang harus Firas lakukan. Hari semakin gelap. Hendak tinggalkan Faraelyna di tepi pantai begitu, hatinya tak senang. Lalu, kaki di hayun perlahan. Dia cuba dekatkan dirinya pada tubuh yang seolah kaku.

” Fara,.... ” Ada getar pada suara itu.

Mata sembab Fara dipandang. Gadis itu menangis. Itu kali pertama dia melihat mata Faraelyna berair. Mata yang selalu memberikan getar dalam hatinya. Sungguh, dia terlalu cantik walaupun dalam keadaan sedih!

” Kenapa dengan awak ni? Awak menangis? Saya minta maaf, kalau awak menangis sebab saya. Saya tak sengaja....” Dia cuba menyelubungi getar.

” Awak buat apa kat sini? Tinggalkan saya. Saya tak perlukan awak. Biarkan saya di sini.”

” Hari dah malam Fara, tak elok awak berada di sini dalam waktu-waktu macam ni. ”

Simpati apa yang ada dalam hati Firas Akashah ni? Aku tak perlukan kau!

” Malam atau siang, sama saja. Awak tak faham Firas. Dan awak tak akan faham! Pergilah, tinggalkan saya kat sini!”

Air mata Faraelyna semakin laju mengalir. Dia lupa siapa di depannya sekarang. Dia sudah tak peduli lagi. Hatinya remuk, hancur luluh. Dia cuba bangun, namun kepalanya makin berpinar. Berat! Arghhhh, sakit itu datang lagi. Dia gagahi juga. Namun, tika dia hampir terjatuh, dia sempat di sambut oleh Firas Akashah.

Matanya membuntang. Tak sangka secepat itu dia di sambut Firas. Sangkanya, dia akan jatuh lagi. Kepalanya makin berat, makin berpusing. Namun, dalam keadaan samar-samar, dia sedar ada beberapa lelaki bersongkok datang. Lampu di suluh tepat ke mukanya. Namun, akibat kesakitan yang teramat sangat, matanya terpejam. Dan dia lupa segalanya..........



Dia tersedar bila terasa air dingin di sapu ke mukanya. Disampingnya, Mak Usu menemani. Lantas, matanya terbuka luas. Ada senyuman dibibir Mak Usu. Namun, senyuman itu diganti dengan raut wajah Syamimi yang mencebik.

”Wah, dah sedar budak tak tahu malu ni? Hah, datang ke kampung kita hanya nak cemarkan nama kampung ni? Dasar perempuan kotor!”

Faraelyna tak mengerti. Apa yang dah berlaku? Dia tak mampu ingat segalanya. Kepalanya masih berat. Namun, dia tahu, dia hampir pengsan di pantai. Pantai? Firas?

” Macam nilah, kita tak boleh biarkan kejadian macam ni berleluasa. Nanti, ramai anak muda kampung ini akan terikut-ikut. Jalan yang paling selamat, kita nikahkan mereka berdua. Biar selesai dgn baik” Lelaki berkopiah putih itu bersuara. Nikah? Apa ni? Dia cuba mencari wajah Firas, dimanakah dia? Akhirnya mata mereka bertaut. Tiada tanda-tanda Firas akan bersuara. Bersuaralah Firas. Katakan kita tak buat apa-apa. Katakan kau hanya kebetulan terjumpa aku di situ. Firassss!!

Pak Cik Harun dan Mak Cik Shida hanya memandang sepi. Faraelyna masih tak mengerti. Permainan apa yang ada di depannya. Semua bagaikan menunggu kata putus. Air mata makin laju mengalir. Suara dikerongkong bagaikan terkunci. Firas hanya memandang sepi. Bersuaralah Firas, katakan kita tak buat apa-apa!

” Pak Imam, saya akan bertanggungjawab. Saya akan menikahi Faraelyna.” Akhirnya lelaki itu bersuara membuatkan semua mata tertumpu padanya. Mak Usu hanya mampu memeluk Faraelyna. Tiada kata yang mampu Faraelyna katakan, mulutnya bagaikan terkunci. Hatinya tak rela, namun dia tak mampu berbuat apa-apa. Dia makin lemah, dan akhirnya dia terlentok di bahu Mak Usu.

to be continue....

regards,
cik kalis rindu 2011