Friday, April 22, 2011

Maggi Tom Yam, Berkaki Ayam.... Best !!

Assalamualaikum....
Yuhuuuuu..... !!

Hehehe, mari kita bercerita tntang menu pelik ! Euwwww, tak pelik langsung tau.. Hari ini, mood cik kalis rindu kurang stabil skit. Selsema + penat = (kuasa Tuhan)...

" Sesungguhnya, Tuhan sentiasa bersama org2 yang teraniaya "

Hanya itu yang terkeluar dari mulut cik kalis rindu. Semua dah besar, dah tahu bezakan yang mana baik dan yang mana buruk... Kalau nak bercerita tengtang Tension, semua org Tension. Arghhhhh, lepaskan begitu sahaja...

Hai ni, cik kalis rindu lunch sorang2.. Sbbnya ape? Biarlah rahsia.. So, apa menu lunch tengahari ini? Nak tau, boleh. tapi, jgn terkejut tau !!! Tadaaaaaa....




Mari di minum bersama secawan nescafe panas.... Meletup uolsss...




Eheeeheheh...
inilah dia menu tengahari ini. Namanya " Maggi Tom Yam Berkaki Ayam..."
Haaa, cik kalis rindu buat maggi ni bkn tak pakai selipar tau.. Tapi, ini salah satu anggota badan ayam yang cik kalis rindu suka. Kaki Ayam !!!

Kenapakah? Ooooo, anda semua tak suka kaki ayam erk? Bak sini, bagi je kat cik kalis rindu erk... Ekekekeke

Ada sesetengah orang, mereka tak suka kaki ayam. Katanya, kotor. Alah, bukannya tak basuh pun kan?.. Malah, bahagian kakilah yang paling sedap... Ehehehe..
Kalau kat Kelantan, kaki ayam ada menu yang tiada tolok bandingnya. iaitu, Kerabu Kaki Ayam.. Wahhh, bestnyer....




Inilah hasilnya, Kerabu Kaki Ayam.. Tapi, kalau kat Kelantan, kaki ayamnya lebih puti, bersih sedikit. Malah, kakak cik kalis rindu pernah mengusik cik kalis rindu, kaki ayam putih sebab si pembuatnya rendam kaki tu dalam Klorox.. Ahahaha, ade ke patut ?.. Kononnya, cik kalis rindu nk percayalah... Wekkk, padahal kakak cik kalis rindu dengki !

Sambung balik, pasal menu special kita...

Tak tahulah, cik kalis rindu pun xthu di mana puncanya kenapakah cik kalis rindu sgt berminat dgn kaki ayam ni.. rasanya, biasa2 saja. Tapi, di bahagian kaki ini terdapat urat2 kaki ayam yang sangat sedap bila di kunyah.. Begitu nikmat sekali... Perghhh...

Nak dijadikan cerita...
Masa zaman kolej cik kalis rindu dulu, Majlis Perwakilan Pelajar ada menganjurkan Majlis BBQ utk seluruh warga kolej. Sebut aje BBQ, mesti la menunya ayam bakar, sosej, daging, ikan kan??... Tapi, menu utamanya, of course lah ayam... Utk santapan lebih 200 org warga hostel kolej, mestilah memerlukan berpuluh ekor ayam kan. So, bayangkan kalau anggaran 70 ekor ayam, berapakah pasang kaki ayam yang ada ??? hah, kira jgn tak kira...

Masa tu, cik kalis rindu merupakan salah seorg AJK majlis.. So, x bkesempatan nk makan awal laa.. Di hujung2 majlis baru dapat merasa.. Masa tu x kisah sgt pun kalau ada @ xde makanan.. Standard lah, nama lagi majlis BBQ.. Intai punya intai, bahagian badan ayam yg lain, gerentilah menjadi rebutan.. Paha, dada, semua dah mcm Sold Out.. Mmg laku betul...

So, kenapakah cik kalis rindu tak begitu kisah? Kerana, cik kalis rindu dah tahu, ada bahagian yang tak menjadi kegemaran ramai.. Kaki Ayam lahh !!

So, dgn selamba, muka penuh kesucian, cik kalis rindu kibaslah arang yang baranya semakin mengecil tu.. Bila baranya dah buka mata, cik kalis rindu bakarlah kaki2 ayam itu...Namun, bkn cik kalis rindu sorang rupanya yang minat si kaki ayam ni.. sdg asyik membakar kaki ayam, ada sorang mamat ni pun join sekaki membakar kaki ayam.. So, ada sepasang manusia sedang membakar berpuluh2 pasang kaki ayam... Err, betui ke ayat itu ??

So, bkn sejarah lah.. Sbb, bkn cik kalis rindu saja yang suka kaki ayam ni, ok.. So, sambil2 borak, kami bakarlah kaki ayam itu.. Makin lama, makin bertambah bilangan og yang nk join.. kengkawan cik kalis rindu yg x suka kaki ayam ni, ikut join sekaki.. Hahaha, itulah penangan si kaki ayam...




Kamilah kumpulan Kaki Ayam... Yahooo, bak kata pepatah melayu, Kais Pagi, Mkn Pagi, Kais Ptg, Mkn Ptg... dan Motto kami, Cakar saja guna kaki ayam... Ngeeeee~

Lagi gambar semasa the gugurl, dan seorg boboy (bkn mamat yg suka kaki ayam tue), tapi mamat ni mmg x pernah mkn pun kaki ayam.. Apa lagi, tarik dia masuk join ini kumpulan !!!



Sebelum cik kalis rindu menutup mata mlm ini, sebab esok cik kalis rindu ada event TM, lagi gambar cik kalis rindu bersama Menu Hangat Maggi Tom Yam Berkaki Ayam... Gendang Gendut, Tali Kecapi, Kenyang Perut, Suka Hati.... Lalalalala....





p/s : betul ke, org cakap, makan kaki ayam ni nt kepala jd teleng?... Ke, ayat tu dari org yang dengki??... Ahahaha, renung2 kan, dan selamat menjamu selera !!!!

regards :
cik kalis rindu...

No comments:

Post a Comment