Sunday, April 10, 2011

Cuti-cuti cinta VS Kawen Mawen... Yuhuuuu...

Assalamualaikum...
Lambat meng update blog kerna cik kalis rindu sibuk menghadiri majlis kawen sahabat handai...

Macam ramai je kawan2 cik kalis rindu yang kawen bunyi nyer tue.. hahaha, padahal cik kalis rindu ni agak malas nk update blog di campur lagi dgn kesibukan kerja yg makin hari makin membukit tingginya serta masalah peribadi yang x tahu bila cik kalis rindu nk selesaikan... Hal peribadi, biarkan dahulu yer...

Lately, ramai yang memilih bulan ni utk melangsungkan perkahwinan. Suke cik kalis rindu mendengarnya, kerna boleh mkn nasi minyak... Malah, cik kalis rindu ni sebenarnya suka pergi kat kenduri sbb suka tgk pelamin, suka tgk pengantin dan tema majlis perkahwinan itu... Meriah weiii... Err, bila cik kalis rindu kawen nanti, agak2 laa ada ke og yang suke tgk?... Haihhhh...

Ada suara yg mengusik cik kalis rindu bila kebanyakan kawan2 cik kalis rindu dah kawen.. katanye "Tak tercabar ke, semua dah berpasangan, awk tu bila lagi?" dan x ketinggalan yg berkata "Bila la nk merasa nasi minyak org kelate plak, tak rasa tergugat ke, kawan solo dah makin berkurangan..." huhuhu... itulah gurauan yg cik kalis rindu dgr... Bagai mencurah air ke daun keladi, masuk telinga kanan, keluarlah kat telinga kiri.... hihihi

ni antara kwn sekolah cik kalis rindu yg dah kawen, yg sempat cik kalis rindu menghadirkan diri,...


p/s : ini kawan cik kalis rindu masa kolej. Puan Janah, dah dapa baby Adam pun skrg..


p/s : ini kawan cik kalis rindu masa sek men. Puan Afiqah. Tak sangka, tup2 kawen. Menamatkan zaman bujang di umur yg begitu muda, 19 tahun... Wow, cik kalis rindu tak mampu uols...


p/s : ini Puan Azlyenda aka Kak Emy. Kawan sekolej merangkap kwn depan bilik, sekuliah serta sekepala..


p/s : ini semasa kenduri kawen lecturer cik kalis rindu kat Terengganu. En Lokman dan Kak Jue. Usik mengusik akhirnya membawa ke jinjang pelamin.. Amin


p/s : Jauh berjalan hingga ke Seremban N9. Kenduri Puan Aiin, kawan ofis cik kalis rindu. Walau umur sebaya, cik kalis rindu panggil dia Puan. Sbb bila dia kawen, cik kalis rindu masih solo, so pangkat masih muda mudi..hehehe


p/s : First time menjejakkan kaki ke negeri Perak, ke majlis perkahwinan kawan ofis lagi. Dulu Kak Mun, skrg Puan Mun. ehehehe, ambik berkat, baju sama tema... uittt, amin...


..............Last . But . Not . Least...............

p/s : Pertunangan my best fren kat Dungun. InsyaAllah, Julai ni akan dinaikkan pangkat jd Puan Fatini... Wish u the greatest day, coming soon...

Errr, cik kalis rindu mcmane? Haha, Jodoh Pertemuan Itu D Tangan Tuhan. Jawapan klise. Mcm artis plak. Takdelah, segalanya terserah pada Yang Maha Pencipta. Lagipun, umur masih muda, banyak cita2 yang masih perlu di capai. Ingin berdiri di atas kaki sendiri, dan baru fikir semua itu. DIA telah merencanakan segalanya, so usaha serta tawakkal lah..

Sesungguhnya, Allah tidak akan menguji seseorang hambanya, melebihi kekuatan hamba itu sendiri...

" Cinta Sejati Tidak Akan Berkurang Kerana Kesalahan & Tidak Akan Bertambah Kerana Kelebihan "

No comments:

Post a Comment